Date of Award
1-1-2014
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
7
Department
Dept of Islamic History & Civilization
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini memfokuskan tulisan sejarah Islam dalam Majalah Guru pada tahun 1924-1929. Majalah Guru merupakan majalah terbitan Persekutuan Guru-guru Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Majalah ini merupakan majalah yang paling lama bertahan di antara majalah yang diterbitkan oleh Persekutuan Guru-guru (1924-1958). Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu meneliti perkembangan persuratkhabaran tanah air sehingga terbitnya Majalah Guru dengan memfokuskan Bahagian Tawārikh. Seterusnya penulis telah menilai sumber-sumber sejarah yang digunakan oleh penulis-penulis artikel Bahagian Tawārikh dari tahun 1924-1929. Akhir sekali, penulis menganalisis tulisan sejarah yang terdapat di dalam Majalah Guru berdasarkan tema, penulis dan kekerapan. Sumber primer kajian ini ialah koleksi Majalah Guru yang terdapat di Perpustakaan Peringatan Za’ba Universiti Malaya, Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Arkib Negara. Koleksi yang terdapat di Arkib Negara merupakan koleksi yang terbaik kerana kebanyakan koleksi dalam simpanannya telah dipulihara. Bagi menganalisis sudut historiografi dalam tulisan-tulisan sejarah yang terdapat dalam Majalah Guru, penulis menggunakan metode induktif. Justeru, dapatan kajian menunjukkan bahawa tema yang mendominasi tulisan sejarah Islam dalam Majalah Guru ialah tema tokoh. Penulisan dalam tema ini dimonopoli oleh Za’ba yang menterjemahkan sumber-sumber dari Barat tetapi dalam masa yang sama turut menerapkan pandangan beliau sendiri. Walaupun begitu, penulis mendapati masih terdapat ruang yang boleh diterokai tentang Majalah Guru ini, ruang-ruang tersebut ialah kajian yang lebih mendalam dapat dilakukan seperti perbandingan Majalah Guru dengan majalah sezaman yang mempunyai ruangan tulisan sejarah. Selain itu, kajian perbandingan penulisan sejarah dalam majalah-majalah sebelumnya merdeka dan selepas merdeka agar pemahaman mengenai kajian historiografi dapat diterapkan.
Note
M.Usuluddin -- Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
Recommended Citation
Abdul Salam, Norlida, "Majalah Guru (1924-1929) : kajian persuratan terhadap tulisan sejarah Islam / Norlida Abdul Salam" (2014). Student Works (2010-2019). 2497.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2497
5219-BAB_4.pdf (519 kB)
5219-BAB_5.pdf (122 kB)
5219-Bab3_edit.pdf (1568 kB)
5219-BIBLIOGRAFI.pdf (167 kB)
5219-COVER.pdf (74 kB)
5219-Pendahuluan.pdf (193 kB)