Date of Award
1-1-2014
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini membincangkan pelaksanaan pengajian al-Quran di sekolah rendah Islam swasta di Kota Bharu, Kelantan Darun Naim. Kajian ini melibatkan tiga buah sekolah terpilih. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan pengajian al-Qur’an dan menganalisis persepsi murid dan guru terhadap pelaksanaan pengajian al-Qur’an. Instrumen yang diguna dalam kajian ini ialah soal selidik dan temu bual. Kajian ini dijalankan terhadap 277 orang murid dan 25 orang guru sebagai responden. Data-data dianalisis melalui SPSS Versi 21.0. Analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan graf telah dijalankan dalam kajian ini, Dapatan menunjukkan hampir 69% murid dapat menguasai al-Quran sama ada mengenal dan membaca dengan baik. Manakala 31% murid yang masih lemah, masih keliru dengan sebutan huruf dan kalimah serta hukum-hukum tajwid. Namun dapatan yang amat memberangsangkan ini menunjukkan pembelajaran yang dibawa mudah diikuti oleh murid. Penekanan yang diberi oleh guru adalah untuk menjadikan muridnya mahir al-Qur’an. Secara tidak langsung, didapati hampir kesemua murid-murid tahun lima dan enam telah mengkhatamkan al-Qur’an. Prestasi cemerlang dan sahsiah yang ditonjolkan oleh murid–murid adalah berkat daripada iltizam dan penjagaan adab terhadap al-Quran. Pelaksanaan yang sistematik menampakkan hasil yang memuaskan. Kerjasama dari pihak pentadbir, guru, ibu bapa dan murid telah berjaya membawa ke matlamat nya, iaitu untuk memberi teras kepada pendidikan roh al-Qur’an.
Note
M.Usuluddin -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
Recommended Citation
Mama, Abdulroseh, "Pengajian Al-Qur'an sekolah rendah Islam swasta di Kota Bharu, Kelantan : kajian terhadap perlaksanaannya / Abdulroseh Mama" (2014). Student Works (2010-2019). 2496.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2496
5218-BAB2.pdf (494 kB)
5218-BAB3.pdf (479 kB)
5218-BAB4.pdf (1268 kB)
5218-BAB5.pdf (337 kB)
5218-LAMPIRAN.pdf (1746 kB)
5218-muka_depan_dan_halaman.pdf (828 kB)
5218-Nama_CD(1).pdf (173 kB)