Date of Award
1-1-2014
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
10
Department
Dept of Syariah & Law
Institution
University of Malaya
Abstract
Dalam buku Kompilasi Hukum Islam, perkahwinan Mithāqan adalah pernikahan, iaitu akad yang sangat kuat atau Ghalizan untuk mentaati perintah Allah dan melaksanakannya merupakan ibadah. Dan tujuannya adalah mewujudkan kehidupan rumah tangga yang Sakinah, Mawaddah wa al-Rahmah. Tetapi perkahwinan tidak semuanya berjalan dengan baik kerana pelbagai faktor dan ada perkahwinan yang sentiasa dilakukan melalui perjodohan oleh orang tua, seperti yang terjadi di Pulau Kijang Kecamatan Reteh, Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, Indonesia pada masyarakat suku Bugis. Oleh kerana itu, masalah ini perlu di analisis dan dibincangkan tentang “Amalan Perkahwinan Kerana Dijodohkan di Kalangan Masyarakat Suku Bugis di Pulau Kijang Kecamatan Reteh, Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, Indonesia: Analisis Dari Perspektif Kompilasi Hukum Islam”. Huraian analisis dilakukan secara terperinci berdasarkan kajian perpustakaan, maklumat temu bual secara mendalam yang dilakukan ke atas penduduk tempatan bagi menjelaskan hukum amalan yang dilakukan oleh masyarakat berkenaan. Hasil kajian mendapati kecenderungan masyarakat suku Bugis sentiasa mengahwinkan anak mereka dengan menjodohkan sama ada sudah mendapat persetujuan anak atau tidak. Secara hukum harus mendapat persutujuan dari calon pengantin dan apabila anak bersetuju maka perkahwinannya boleh diteruskan tetapi kalau tidak bersetuju maka perkahwinannya tidak dilakukan. Harapan pengkaji agar hasil kajian yang dilakukan ini dapat membantu beberapa pihak terutama Kantor Urusan Agama (KUA) yang bertugas mengahwinkan secara sah dalam perundangan negara dan Pengadilan Agama (PA) yang bertugas menyelesaikan pelbagai masalah perkahwinan, pewarisan dan perwakafan bagi mengatasi isu ini dan secara tidak langsung dapat menyedarkan masyarakat untuk mengamalkan Islam yang sebenar terutama hal ehwal perkahwinan.
Note
M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
Recommended Citation
Madewing, Muhammad Hadrawi, "Amalan perkahwinan kerana dijodohkan dalam kalangan masyarakat suku Bugis di Pulau Kijang Kecamatan Reteh, Riau, Indonesia : analisis dari perspektif kompilasi hukum Islam / Muhammad Hadrawi Madewing" (2014). Student Works (2010-2019). 2490.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2490
5190-1._BAB_SATU_Latest_prufread.pdf (248 kB)
5190-2._BAB_DUA_Latest_prufread.pdf (580 kB)
5190-3._BAB_TIGA_Latest_prufread.pdf (224 kB)
5190-4._BAB_EMPAT_Latest_Prufread.pdf (1024 kB)
5190-5._BAB_LIMA_Latest_Prufread.pdf (92 kB)
5190-6._BIBLIOGRAFI_Latest_Prufread.pdf (142 kB)
5190-7._LAMPIRAN_Latest_Prufread_1.pdf (3810 kB)
5190-8._LAMPIRAN_Latest_Prufread_2.pdf (1019 kB)