Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

5

Department

Dept of Fiqh & Usul

Institution

University of Malaya

Abstract

Ta‘liq tambahan ialah ta‘liq yang tidak menyentuh secara khusus isu-isu terkandung dalam ta‘liq rasmi dan dibuat di hadapan pihak yang berkenaan seperti Pegawai Tadbir Agama. Keseluruhan kandungan ta‘liq berkenaan didokumenkan sebagai bukti kewujudan ta‘liq tambahan antara pasangan. Ta‘liq berkenaan dikaji bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh isteri akibat pengucapan ta‘liq lisan yang dibuat oleh suami secara sewenang-wenangnya. Hal ini kerana isteri menghadapi kesukaran membuktikan kewujudan ta‘liq lisan kepada mahkamah syariah apabila aduan berkenaan difailkan. Situasi berkenaan menghalang isteri daripada mendapat pembelaan yang sewajarnya di mahkamah. Kajian ini meneliti ta‘liq tambahan yang dibuat dalam kalangan masyarakat Ipoh kerana pengamalannya telah wujud. Menerusi kaedah persampelan bertujuan, pengkaji memilih salah seorang dari Pegawai Tadbir Agama Ipoh sebagai responden kerana pegawai berkenaan pernah berhadapan dengan permohonan pasangan untuk membuat ta‘liq tambahan dan mengendalikan ta‘liq berkenaan sehingga sempurna. Hasil kajian mendapati pegawai yang dipilih telah mengendalikan empat ta‘liq tambahan bersama pasangan sepanjang bertugas sebagai Pegawai Tadbir Agama Ipoh. Bilangan pembentukan ta‘liq ini dianggap kecil berpunca dari pasangan yang tidak mengetahui mengenai ta‘liq tambahan kerana kebanyakan ta‘liq berkenaan dibuat di sini hasil cadangan pegawai berkenaan kepada pasangan. Meskipun begitu, ta‘liq tambahan dapat berperanan sebagai pelengkap kepada penguatkuasaan ta‘liq rasmi kerana pasangan dapat menambah sebarang tuntutan yang tidak dinyatakan dalam ta‘liq rasmi. Kesemua tuntutan berkenaan dibuat akibat kecuaian suami dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan keterlibatan suami dengan gejala sosial. Kajian ini juga mendapati pengamalan ta‘liq tambahan dapat memberikan perlindungan kepada isteri. Di antara perlindungan tersebut ialah ta‘liq berkenaan dapat dibuktikan oleh isteri kepada mahkamah. Pembuktian berkenaan memudahkan isteri mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila berlaku pelanggaran ta‘liq berkenaan. Selain itu, pengamalan ta‘liq berkenaan dapat melindungi isteri dari pengucapan ta‘liq lisan (ta‘liq yang tidak didokumenkan) yang boleh memudaratkan isteri.

Note

Disertasi (M.Syariah) -- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014

5077-1.1_kulit.pdf (13 kB)
5077-1.2_halaman_hadapan.pdf (3 kB)
5077-1.3_halaman_tajuk.pdf (3 kB)
5077-1.4_Perakuan_Keaslian.pdf (39 kB)
5077-1.5_Abstrak.pdf (14 kB)
5077-1.6_Abscract.pdf (13 kB)
5077-1.7_Penghargaan.pdf (28 kB)
5077-1.8_Isi_kandungan.pdf (40 kB)
5077-1.9_panduan_transliterasi.pdf (40 kB)
5077-1.10_senarai_kependekkan.pdf (13 kB)
5077-1.11_Senarai_lampiran.pdf (10 kB)
5077-1.12_Senarai_Statut.pdf (10 kB)
5077-1.13_Senarai_Jadual.pdf (10 kB)
5077-1.14_Senarai_rajah.pdf (10 kB)
5077-1.15_bab01.pdf (122 kB)
5077-1.16_bab02.pdf (237 kB)
5077-1.17_Bab03.pdf (76 kB)
5077-1.18_bab04_-_Copy.pdf (140 kB)
5077-1.19_Bab05.pdf (27 kB)
5077-1.20_Biblografi.pdf (74 kB)
5077-1.21_lampiran_A_Perakuan_Nikah_bertarikh_5.6.2010.pdf (658 kB)
5077-1.22_lampiran_B_borang_4_Enakmen_Undang-Undang_Keluarga_Islam_Perak_2004.pdf (567 kB)
5077-1.22.1_lampiran_B_borang_4.pdf (561 kB)
5077-1.23_lampiran_C_Surat_Keterangan_Nikah_bertarikh_1.5.1963.pdf (2841 kB)
5077-1.24_lampiran_D_Surat_Keterangan_Nikah__bertarikh_6.6.1988.pdf (2674 kB)
5077-1.25_lampiran_E_Surat_Perakuan_Nikah_bertarikh_1.6.1989.pdf (3815 kB)
5077-1.26_lampiran_F_Surat_Perakuan_Nikah_yang_bertarikh_19.12.2009.pdf (1255 kB)
5077-1.27_lampiran_G_-_Penyata_tuntutan.pdf (1387 kB)
5077-1.28_lampiran_H-_Borang_MS_2.pdf (502 kB)
5077-1.29_lampiran_I-_Carta_12,_Proses_Kes_Perceraian_Secara_Ta‘liq_atau_Fasakh.pdf (38 kB)
5077-1.30_lampiran_j-_penyata_Pembelaan.pdf (487 kB)
5077-1.31_lampiran_k_Tuntutan_Balas.pdf (425 kB)
5077-1.32_Lampiran_L.pdf (26 kB)

Share

COinS