Date of Award
1-1-2014
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Akademik Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Mudarabah merupakan salah satu akad perkongsian dalam Islam. Namun, penerapan mudarabah hanya boleh dikatakan sah di sisi syarak, jika seluruh rukun dan syaratnya dipenuhi secara sempurna. Ramai masyarakat muslim Indonesia berminat menyimpan sebahagian wang mereka untuk kos pengurusan ibadah haji. Oleh itu, Bank Pembiayaan Rakyat Syariah Harta Insan Karimah (BPRS HIK) Bekasi menerbitkan suatu produk pengumpulan dana haji dengan menggunakan akad mudarabah, di mana pihak pelanggan hanya boleh mengambil simpanan mereka apabila ianya sudah mencapai had minimum kos pergi haji. Produk tersebut dikenali dengan produk TAHAROH (Tabungan Haji dan Umroh). Kajian ini dilakukan untuk mengetahui lebih mendalam tentang pelaksanaan dan hukum akad mudarabah yang diterapkan di Bank Pembiayaan Rakyat Syariah Harta Insan Karimah (BPRS HIK) Bekasi, Indonesia. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data dengan cara observasi, temu bual dan data pustaka yang kemudian dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Setelah dilakukan kajian maka didapati bahawa mudarabah merupakan salah satu akad perkongsian yang diharuskan menurut Syarak. Manakala akad mudarabah yang dilaksanakan di BPRS HIK Bekasi juga sudah selari dengan prinsip-prinsip Syariah dan fiqh muamalat semasa
Note
Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
Recommended Citation
Taufiq, Kurniawan, "Aplikasi akad mudarabah dalam produk tabungan haji dan umroh (Taharoh) di bank pembiayaan rakyat syariah harta insan karimah (Bprs Hik) Bekasi, Indonesia / Taufiq Kurniawan" (2014). Student Works (2010-2019). 2469.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2469
5055-3._Halaman_Tajuk.pdf (81 kB)
5055-4._Borang_Keaslian.PDF (1057 kB)
5055-5._Kandungan_Abstrak,_Penghargaan_dan_Kandungan_Isi.pdf (483 kB)
5055-Bab_I.pdf (446 kB)
5055-Bab_II.pdf (906 kB)
5055-Bab_III.pdf (465 kB)
5055-Bab_IV.pdf (705 kB)
5055-Bab_V.pdf (285 kB)
5055-Bibliografi.pdf (334 kB)
5055-Lampiran.pdf (2027 kB)