Date of Award
1-1-2014
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Akademik Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian yang bertajuk “Analisis Pengurusan Dana Talangan Haji Di Bank Muamalat Cawangan Aceh” ini adalah bertujuan untuk mencapai beberapa objektif, iaitu untuk mengkaji hubungan syarat istita‛ah dalam pelaksanaan ibadat haji dalam mengelakkan dari masa menunggu yang terlalu lama, dan untuk mengkaji hukum pembiayaan pengurusan haji Produk Dana Talangan Haji yang ditinjauan dari perspektif ekonomi Islam, selain itu, objektif kajian juga untuk menganalisis operasi Produk Dana Talangan Haji di Bank Muamalat cawangan Aceh, sebagai salah satu produk yang bersesuaian dengan prinsip Syariah. Penulis menggunakan kaedah pengumpulan data antaranya dengan kaedah perpustakaan, dengan membuat penelitian di beberapa buah perpustakaan dan institusi yang berkaitan bagi mengumpulkan data dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Di samping itu, penulis juga mengadakan temu bual langsung dengan pihak yang berkaitan di Bank Muamalat yang mengerusi pelaksanaan Produk Dana Talangan Haji. Hasil kajian mendapati bahawa; hukum pembiayaan pengurusan haji oleh institusi kewangan Syariah adalah boleh (mubah atau ja’iz) dengan syarat mengikuti atau patuh pada ketentuan (dawabit) yang terdapat dalam fatwa DSN-MUI sedangkan qard yang ada sebagai dana talangan haji tidak boleh dikenakan tambahan. Istita‛ah adalah syarat wajib haji bukan syarat sah haji, oleh kerana itu, usaha untuk mendapatkan peluang menunaikan haji dengan cara memperoleh dana talangan haji dari institusi kewangan shariah adalah boleh, karena hal itu merupakan usaha dan ikhtiar untuk menunaikan haji.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
Recommended Citation
Ade Sarwan Darmuni, Daud, "Analisis pengurusan pembiayaan dana talangan haji di Bank Muamalat cawangan Aceh / Ade Sarwan Darmuni Daud" (2014). Student Works (2010-2019). 2465.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2465
5047-3_PERAKUAN_KEASLIAN.pdf (462 kB)
5047-4_ABSTRAK_Malaya.pdf (180 kB)
5047-5_ABSTRACTS_English.pdf (153 kB)
5047-6_PENGHARGAAN.pdf (200 kB)
5047-7_ISI_KANDUNGAN.pdf (137 kB)
5047-8_SENARAI_TRANSLITERASI.pdf (270 kB)
5047-9_SENARAI_KEPENDEKAN.pdf (88 kB)
5047-10_SENARAI_JADUAL_DAN_RAJAH.pdf (80 kB)
5047-11_Disertasi_Bab_1-5.pdf (1167 kB)
5047-12_BIBLIOGRAFI.pdf (268 kB)
5047-13_Lampiran_1.pdf (130 kB)
5047-14_Lampiran_2.pdf (5 kB)
5047-15_Lampiran_3.pdf (230 kB)
5047-16_Lampiran_4.pdf (131 kB)