Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Akademik Pengajian Islam

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Al-Tawarruq merupakan instrumen yang digunapakai secara meluas oleh institusi kewangan Islam di Malaysia masa kini termasuklah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang merupakan antara bank terawal melaksanakan instrumen tersebut. Pemakaiannya dianggap alternatif kepada bayÑ al-Ñinah yang didakwa mempunyai beberapa kekurangan terutamanya dalam isu yang melibatkan pemilikan aset sandaran. Walau bagaimanapun, perlaksanaan al-tawarruq juga masih tertedah kepada pertikaian tertentu khususnya yang melibatkan penyelenggaraan al-maÑqud Ñalayh yang merupakan rukun penting dalam akad jual beli al-tawarruq. Permasalahan semakin meruncing apabila belum ada garis panduan khusus bagi perlaksanaan al-tawarruq dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana instrumen al-tawarruq yang dilaksanakan dalam akad pembiayaan peribadi di BIMB menepati kehendak muamalat Islam yang asal. Di antara metode yang digunakan dalam kajian ini ialah kepustakaan, temubual dan observasi. Bagi tujuan analisis, metode induktif, deduktif dan komparatif digunakan secara berterusan. Kajian ini mendapati bahawa BIMB telah sedaya upaya melaksanakan Pembiayaan Peribadi-i Tawarruq agar ia selari dengan prinsip Syarak. Sungguhpun begitu, masih terdapat beberapa elemen meragukan dalam perlaksanaan al-tawarruq di BIMB seperti persepakatan awal (al-tawatu’) yang dilarang fuqaha dan pengumpulan beberapa unsur gharar dalam satu transaksi produk pembiayaan. Diharap kajian ini mampu menyumbang kepada penambahbaikan perlaksanaan akad pembiayaan pribadi al-tawarruq di BIMB khususnya dan di bank-bank Islam yang lain secara umumnya.

Note

Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.

Share

COinS