Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Akademik Pengajian Islam

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Pengajian tafsir telah bermula semenjak zaman Rasulullah (s.a.w) lagi. Ini memandangkan tidak semua isi kandungan al-Quran mampu difahami oleh para sahabat. Pada hari ini, pengajian tafsir telah diperkenalkan di isntitusi-institusi pengajian khususnya dayah-dayah tradisional di Acheh Besar. Kajian ini membincangkan perkembangan pengajian tafsir di Indonesia. Dalam kajian ini, penulis menfokuskan bagaimana metodelogi pengajian Tafsir al-Jalalayn yang digunapakai dayah-dayah tradisional dalam sistem pengajiannya dan faktor yang melatarbelakangi penggunaan tafsir ini dalam kalangan masyarakat Acheh Besar. Kajian ini juga turut mengkaji pengaruh Tafsir al-Jalalayn di pondok-pondok pesantren tadisional dari sudut penggunaan Tafsir al-Jalalayn oleh masyarakat Acheh, penggunaan Tafsir al-Jalalayn di kuliah-kuliah agama serta penggunaan Tafsir al-Jalalayn sebagai sumber penulisan,. Berdasarkan hasil kajian, pengajian Tafsir al-Jalalayn di dayahdayah tradisional menggunakan metode berbentuk talaqi dan juga halaqah dalam pengajiannya. Kitab tafsir yang dijadikan sebagai panduan dalam pengajiannya menggunakan “Hashiyah al-Sawi ‘ala Tafsir al-Jalalayn oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Sawi al- Khalwah al-Maliki”. Diharapkan kajian ini boleh memberi manfaat kepada semua pihak berkaitan khususnya untuk para pelajar.

Note

Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.

Share

COinS