Author

Halim Arifin

Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis

Divisions

education

Department

Faculty of Education

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang bertujuan untuk menghuraikan pengembangan kemahiran berfikir dalam pengajaran pemahaman bacaan di kelas tingkatan empat. Objektif kajian ini ialah untuk memahami dengan menghuraikan pengembangan kemahiran berfikir dalam pengajaran pemahaman bacaan pada masa sebelum, semasa dan selepas pengajaran di kelas tingkatan empat. Kerangka kajian ini berasaskan Model Kemahiran Berfikir, PPK (2001) dan Model Peringkat Pengkelasan soalan kefahaman oleh Marohaini Yusoff (1999). Data diperoleh dengan menggunakan teknik pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen untuk menyiasat dan menghuraikan bagaimanakah peserta kajian melaksanakan pengembangan kemahiran berfikir dalam pengajaran pemahaman bacaan di kelas tingkatan empat. Analisis data mendapati peserta kajian telah mengembangkan sebanyak 17 komponen kemahiran berfikir dalam pengajaran pemahaman bacaan di kelas tingkatan empat. Dapatan kajian juga mendapati guru-guru menghadapi masalah seperti pengetahuan kemahiran berfikir yang terhad, bahan bantu mengajar yang tidak mencukupi dan sikap guru sendiri merupakan halangan untuk melaksanakan pengembangan kemahiran berfikir dalam pengajaran pemahaman bacaan di bilik darjah.

Note

Thesis (Ph.D.) -– Faculty of Education, University of Malaya, 2013

Share

COinS