Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
phd
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
language
Department
Faculty of Languages and Linguistics
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ilmiah ini bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan al-ÙibÉq dalam al-Qur’Én al-KarÊm. Bagi mencapai objektif ini, penulis menumpukan perhatian kepada penghuraian secara umum mengenai al-Badi‟ yang merupakan induk kepada al-ÙibÉq seterusnya memberi fokus secara mendalam terhadap al-ÙibÉq dan pembahagiannya. Dalam meneruskan penyelidikan ini, dijalankan analisis al-ÙibÉq antara dua kata nama dalam keseluruhan al-Qur’Én. Penulis mendapati beberapa penemuan baru iaitu kewujudan dua, tiga dan empat al-ÙibÉq secara serentak dalam satu ayat. Penulis tidak menghadkan analisis ini dalam mana-mana surah kerana ia terletak secara bertaburan dalam al-Qur’Én dan memerlukan kajian dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat memberi gambaran yang jelas dan menjadi pemangkin kepada pangkalan data mengenai al-ÙibÉq serta menggarap bilangannya secara tepat dalam setiap surah. Hasil kajian perpustakaan ini secara tidak langsung membayangkan kepada kita bahawa pengulangan al-ÙibÉq pada sesetengah perkataan adalah bagi menguatkan ingatan Mukminin mengenai pertentangan makna yang nyata antara kebenaran dan kebathilan serta memastikan manusia tidak alpa terhadap kekuasaan dan keagungan Allah Ta‘ÉlÉ dalam penciptaan alam maya ini. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada umat manusia agar dapat mempelajari bidang pengajian Islam seiring dengan disiplin BadÊ‘ terutamanya aspek al-ÙibÉq supaya mereka mampu memahami proses pembelajaran secara tersurat dan tersirat serta berupaya menguasai penghayatan ilmu secara lebih mendalam.
Note
Thesis (Ph.D.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013
Recommended Citation
Hamzah, Mohammed Jailani, "Konsep al-badi' dalam Bahasa Arab : analisis al-tibaq dalam al-Quran al-karim / Mohammed Jailani bin Hamzah" (2013). Student Works (2010-2019). 1912.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1912
5704-Bab_2.pdf (1389 kB)
5704-Bab_3.pdf (2011 kB)
5704-Bab_4.pdf (1860 kB)
5704-Bab_5.pdf (77 kB)
5704-Bibliorafi.pdf (197 kB)
5704-Kulit_Muka_Depan.pdf (89 kB)