Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
phd
Document Type
Thesis
Divisions
inst1
Department
Institute of Graduate Studies
Institution
University of Malaya
Abstract
Skim pampasan mangsa kecederaan jenayah merupakan suatu kaedah yang dilaksanakan di negara-negara barat untuk membela dan melindungi mangsa kecederaan jenayah. Statistik kes-kes kecederaan dan kematian akibat perbuatan jenayah di Malaysia telah menunjukkan peningkatan daripada 7,355 kes pada tahun 1999 kepada 11,096 kes pada tahun 2009. Undang-undang sedia ada pula lebih menfokuskan aspek hukuman kepada pelaku jenayah sedangkan mangsa kecederaan jenayah dibiarkan sendirian menanggung beban kewangan, penderitaan fizikal dan mental. Keadaan ini amat membimbangkan kita. Malangnya, Malaysia belum lagi mempunyai skim pampasan mangsa kecederaan jenayah walaupun ianya dianjurkan oleh Islam. Apabila berlakunya sesuatu kejadian jenayah barulah kerajaan dan masyarakat akan mengambil tindakan segera membantu mangsa jenayah. Namun, tindakan sebegini hanya bersifat adhoc sahaja. Suatu badan rasmi yang formal perlu ditubuhkan segera untuk melaksanakan skim pampasan ini. Justeru itu, pembahasan kajian ini akan membuat cadangan kepada pihak kerajaan Malaysia supaya skim pampasan mangsa kecederaan jenayah dapat dilaksanakan melalui takaful Tambahan pula, belum ada lagi pengendali takaful yang menawarkan skim takaful kepada mangsa kecederaan jenayah di Malaysia. Kajian ini akan membuat perbandingan dan tinjauan pelaksanaan di negara-negara barat dengan konsep-konsep Islam seperti qisas, diyat dan aqilah. Kajian ini akan melihat keperluan dan kepentingan pihak kerajaan berdasarkan teori viktimologi dan saranan Deklarasi 40/34, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengambil peranan dan tanggungjawab bagi melaksanakan skim pampasan ini. Kerajaan mempunyai saluran-saluran tertentu untuk menjayakan cadangan ini seperti penambahbaikan undang-undang melalui seksyen 426, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, penambahan sektor penerima bantuan kebajikan melalui Tabung Amanah Perwira & Pertahanan Negara dan Skim Insurans 1Azam atau Kar1sma. Akhirnya kajian ini akan menilai kemampuan dan fleksibiliti takaful di dalam pelaksanaan skim pampasan mangsa kecederaan jenayah. Perkara ini merupakan suatu persoalan yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan untuk membela dan melindungi mangsa kecederaan jenayah di Malaysia.
Note
Thesis (Ph.D.) - Institute of Graduate Studies, , University of Malaya, 2013.
Recommended Citation
Mohd Sadad, Mahmud, "Iimplementasi skim pampasan mangsa kecederaan jenayah
melalui takaful di Malaysia : Satu kajian perbandingan dan tinjauan pelaksanaan di negara-negara barat / Mohd Sadad bin Mahmud" (2013). Student Works (2010-2019). 1815.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1815
5542-LAMPIRAN_II_(a)_REKOD_JENAYAH_DI_UK.pdf (377 kB)
5542-LAMPIRAN_IX_JENAYAH_KEKERASAN.pdf (107 kB)
5542-LAMPIRAN_V_RESOLUSI_PERSIDANGAN_MEJA_BULAT.pdf (100 kB)
5542-LAMPIRAN_VI_KONTRAK_TAKAFUL.pdf (200 kB)
5542-LAMPIRAN_VII_MANFAAT_DAN_PERLINDUNGAN.pdf (101 kB)
5542-LAMPIRAN_VIII_UNJURAN_KEWANGAN_PAMPASAN_MANGSA_JENAYAH.pdf (165 kB)
5542-PAMPASAN_MANGSA_JENAYAH_28.pdf (3864 kB)
5542-CANADA_BC_List.pdf (37 kB)
5542-CANADA_BC_List2.pdf (35 kB)
5542-CANADA_BC_List3.pdf (27 kB)
5542-LAMPIRAN_I_UN_DECLARATION_FOR_VICTIMS_OF_CRIME.pdf (84 kB)
5542-LAMPIRAN_II_(b)_KADAR_PAMPASAN_DI_UK.pdf (1044 kB)
5542-LAMPIRAN_III_KADAR_PAMPASAN_DI_NSW.pdf (195 kB)
5542-PERAKUAN_ASLI_TESIS_UM.PDF (10 kB)