Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages And Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini meninjau tentang pemilihan kata sifat antara gender bagi iklan produk kecantikan yang baru dalam majalah fesyen wanita Jepun, Non-no dan majalah fesyen lelaki Jepun, Men’s Non-no. Fokus kajian ini adalah berkenaan dengan kata-kata sifat yang dipilih dan kekerapan penggunaannya di halaman yang mengiklankan produk kecantikan baru dalam majalah fesyen wanita Jepun dan majalah fesyen lelaki Jepun. Tumpuan lain ialah pengkajian terhadap perbezaan dan persamaan dalam pemilihan kata sifat dari aspek gender dalam teks yang memperkenalkan produk kecantikan baru antara majalah Non-no dengan majalah Men’s Non-no. Kata-kata sifat dikumpulkan daripada 4 naskah majalah fesyen Non-no dan 4 naskah majalah fesyen Men’s Non-no dari Disember 2011 hingga Mac 2012. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan analisis kandungan diaplikasikan dalam penganalisisan data dengan kekerapan dan peratusan sebagai data sokongan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kata sifat dalam bahasa iklan majalah fesyen Jepun wanita lebih ketara berbanding dengan bilangan kata sifat yang digunakan dalam iklan majalah fesyen Jepun lelaki. Hasil kajian juga mendapati masih ada beberapa kata sifat yang popular dalam bahasa iklan menepati sesetengah kata sifat yang disarankan dalam senarai kata adjektif Leech (1966). Istilah kata adjektif yang dikumpul dari majalah Non-no dan majalah Men’s Non-no menonjolkan kata-kata sifat yang dipilih dan digunakan masing-masing mempunyai ciri-ciri feminin dan maskulin yang tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kata-kata adjektif yang dikenali sebagai kata sifat neutral kerana muncul dalam iklan majalah Non-no dan juga majalah Men’s Nonno. Rasional-rasional yang merujuk kepada kajian-kajian lepas serta konsep penyelidik dalam bidang gender juga turut dikemukakan untuk menjelaskan dapatan kajian ini.

Note

Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013.

Share

COinS