Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages And Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan makna perintah yang ada di antara terjemahan Fi Zilal Al-Quran dengan terjemahan Pimpinan Ar-Rahman khususnya dalam surah Al-Baqarah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketepatan terjemahan makna perintah bahasan Arab yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh kedua-dua pemilik kitab tafsir tersebut. Bagi mencapai objektif-objektif itu, pendekatan yang digunakan adalah berbentuk analisis dan perbandingan. Cara pengumpulan data adalah melibatkan kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan. Kajian lapangan melibatkan sepuluh orang pakar bahasa yang meneliti tahap ketepatan terjemahan-terjemahan tersebut. Daripada dapatan kajian, terdapat sebanyak 80 persamaan pada terjemahan makna perintah di antara kedua-dua kitab tafsir tersebut. Manakala perbezaannya pula ialah sebanyak 103 patah perkataan. Ini menunjukkan bahawa perbezaan terjemahan makna perintah di antara kedua-dua kitab tafsir tersebut adalah lebih banyak daripada persamaannya. Manakala daripada hasil soal selidik pula, kebanyakan daripada terjemahan makna perintah oleh Tafsir Fi Zilal Al-Quran mencapai tahap yang paling tinggi berbanding Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.

Note

Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013.

Share

COinS