Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
language
Department
Faculty of Languages And Linguistics
Institution
University of Malaya
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti aras kognitif soalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru sekolah rendah. Aspek yang dikaji ialah mengenalpasti kerapan penggunaan kategori soalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan mengkaji jenis kata tanya atau frasa tugasan yang menggalakkkan pelbagai aras pemikiran. Seramai tiga orang guru Bahasa Melayu dan murid-murid tahap dua dari Tahun 4,5 dan 6 dari sebuah sekolah rendah telah dijadikan sampel kajian. Data telah dikumpulkan melalui pemerhatian, catatan dan temubual. Dapatan menunjukkan bahawa ketiga-tiga guru gemar menggunakan banyak soalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran tetapi persoalannya, adakah guru A, B dan C berjaya menggunakan semua kategori soalan yang ditentukan dengan seimbang atau tidak. Dapatan kajian juga menunjukkan penyoalan guru tidak begitu seimbang ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid Tahun 4,5 dan 6. Ini dapat dilihat menerusi soalan guru iaitu, 34 soalan adalah soalan berbentuk pengetahuan yang mencatat 21.9%, sebanyak 99 soalan kefahaman yang mencatat 63.9%, manakala sebanyak 9 soalan berbentuk analisis yang mencatat 5.8% , sejumlah 11 soalan mewakili soalan sintesis yang mencatat 7.1% dan penilaian sebanyak 2 soalan yang mewakili 1.3%. Dalam kajian ini, soalan aplikasi tidak mencapai sebarang jumlah soalan atau peratus.
Note
Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013.
Recommended Citation
Gopinat, Muthy, "Aras penyoalan dan pemikiran dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu murid sekolah rendah / Gopinat A/L Muthy" (2013). Student Works (2010-2019). 1788.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1788