Author

May Leng Chan

Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages And Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Penemuan awal menunjukkan partikel 了-le yang mempunyai struktur tatabahasa rumit sering mengelirukan pelajar-pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan memahami keadaan penggunaan partikel 了-le dengan berfokus kepada 40 orang pelajar Melayu yang telah tamat mempelajari kursus bahasa Mandarin di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Melalui ujian bertulis, kajian meninjau keadaan penggunaan partikel 了-le dari aspek pengkelasan kata kerja 了-le dan akhir ayat 了-le serta jenis-jenis ayat partikel 了-le. Kajian juga mengenal pasti jenis-jenis kesilapan yang wujud dalam penggunaan partikel 了-le. Melalui soal selidik dan temubual berstruktur, cara pembelajaran penggunaan partikel 了-le dikaji. Hubungan korelasi di antara cara pembelajaran penggunaan partikel 了-le dengan keputusan markah ujian bertulis juga dibincangkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan kumpulan pelajar cemerlang dan kumpulan pelajar lemah adalah lebih mahir dalam penggunaan kata kerja 了-le berbanding dengan akhir ayat 了-le. Kajian mendapati masalah akan timbul sekiranya pelajar Melayu memindahkan pengetahuan bahasa ibundanya dalam pemerolehan partikel 了-le dan seterusnya wujud kesilapan dalam penggunaannya. Kata-kata kunci: partikel 了-le, pelajar Melayu, bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua, cara pembelajaran, pemindahan bahasa ibunda

Note

Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013.

Share

COinS