Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
language
Department
Faculty of Languages and Linguistics
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang pemahaman pelajar di peringkat sekolah menengah berkenaan dengan penggunaan kata kerja al-Mabniyy Li al-Majhu:l. Ia bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar mengenai tajuk ini yang merangkumi pemahaman mengenai kaedah asas pembentukkan kata kerja ini serta kemahiran menggunakannya dalam membina sturktur ayat yang sahih dengan mangambilkira aplikasi tatabahasa arab yang berkaitan dengannya. Di samping itu, kajian turut menjurus kepada bentuk kekeliruan serta permasalahan yang sering dihadapi oleh pelajar dalam menguasai tajuk ini. Batasan perbincangan adalah berdasarkan kepada sukatan mata pelajaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, lantaran ia merupakan salah satu tajuk tatabahasa di dalam silibus di peringkat menengah. Justeru dalam kajian ini, penyelidik turut membentangkan landasan teori kata kerja al-Mabniyy Li al-Majhu:l yang meliputi kaedah pembentukkannya bagi jenis kata kerja kala lampau dan kala kini dalam pelbagai variasi bentuk kata kerja mengikut kaedah morfologi bahasa Arab. Data yang diperolehi dari instrumen soal selidik dan ujian bertulis yang digunakan dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif dan dihuraikan menerusi jadual serta rajah yang sesuai. Rumusan dari hasil kajian ini menjelaskan aspek kekeliruan dan kesalahan yang lazim dilakukan oleh pelajar dalam menjawab persoalan berkenaan dengan tajuk kata kerja al-Mabniyy Li al-Majhu:l. Penyelidik turut menyarankan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak-pihak berkenaan ke arah memantapkan penguasaan pelajar terhadap tatabahasa arab khususnya bagi tajuk kata kerja al-Mabniyy Li al-Majhu:l.
Note
Dissertation (S.P.B.M.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013
Recommended Citation
Ibrahim, Mohd Kamal, "Penguasaan kata kerja al-Mabniyy Li al-Majhu:l dalam kalangan pelajar sekolah menengah / Mohd Kamal bin Ibrahim" (2013). Student Works (2010-2019). 1765.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1765
5421-BAB_LIMA.pdf (126 kB)
5421-BAB_SATU.pdf (218 kB)
5421-BAB_TIGA.pdf (194 kB)
5421-LAMPIRAN_A.pdf (353 kB)
5421-LAMPIRAN_B.pdf (401 kB)
5421-LAMPIRAN_C.pdf (151 kB)
5421-Muka_1.pdf (4 kB)
5421-MUQADDIMAH.pdf (308 kB)
5421-Perakuan.pdf (54 kB)
5421-RUJUKAN.pdf (186 kB)