Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
8
Department
Dept of Siasah Syar'iyyah
Institution
University of Malaya
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan politik Islam di Sabah secara menyeluruh dan khususnya PAS sebagai parti politik Islam di Daerah Tawau melalui kajian kes PAS Kawasan Tawau. Kajian ini berdasarkan realiti, fakta sejarah yang ada, melalui pengalaman di dalam pilihanraya yang telah ditempuhi, peningkatan pengaruh di kalangan masyarakat setempat dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Kajian ini termasuk ke dalam kategori penyelidikan kualitatif sebagai penyelidikan asas. Oleh kerana itu, metod kajian perpustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan. Kajian perpustakaan dijalankan untuk memperolehi data-data sekunder mengenai PAS dan kajian lapangan pula dijalankan bagi memperolehi data primer berhubung PAS di Daerah Tawau. Kajian lapangan melibatkan temu bual dengan beberapa pimpinan PAS di Daerah Tawau antaranya YDP PAS Kawasan Tawau dan Setiausaha PAS Kawasan Tawau, Ketua Pemuda dan mantan calon PAS di Tawau. Data sekunder dan primer yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan metod induktif, deduktif dan komparatif berdasarkan keperluan kajian. Kajian ini menghasilkan ilmu Politik Islam untuk dimanfaatkan khususnya oleh gerakan Islam atau parti politik Islam dan umat Islam amnya. Ia dapat memberikan gambaran secara jelas mengenai politik Islam, politik Sabah, demografi Tawau serta cabaran kepada perkembangan politik Islam di Sabah secara umum. Kepentingan yang lain ialah kajian ini dapat memberikan kefahaman yang mendalam mengenai PAS di Tawau dan di Sabah umumnya.
Note
M.Syariah -- Jabatan Siasah dan Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
Recommended Citation
Amboala, Bakri, "Politik Islam di Sabah : analisis perkembangan Parti Islam SeMalaysia di Daerah Tawau / Bakri bin Amboala" (2013). Student Works (2010-2019). 1755.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1755