Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis

Divisions

7

Department

Dept of Islamic History & Civilization

Institution

University of Malaya

Abstract

Tesis ini membahaskan peranan ulama golongan Syed dalam penyebaran Islam dan memakmurkan negeri Terengganu. Lima orang ulama Syed yang difokuskan terdiri daripada Syed Ahmad al-Idrus, Syed Muhammad al-Idrus, Syed Abdul Rahman al-Idrus, Syed Yusuf al-Zawawi dan Engku Alwi al-Idrus. Penonjolan mereka yang sangat terserlah dalam penyebaran Islam, mendapat perhatian masyarakat sehingga ke istana. Kelebihan golongan Syed yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan, telah memberi impak positif terhadap masyarakat dan istana. Hasil kajian ini mempelihatkan bahawa lima tokoh ulama Syed ini sangat gigih dalam memberi sumbangan terhadap perkembangan tamadun Islam khusus di Terengganu dalam bidang kepakaran mereka termasuk sebagai penasihat istana, pendakwah, pendidik, pentadbiran dalam kerajaan, mufti, guru agama, imam masjid dan sebagainya. Penghasilan kajian, mungkin tidak melengkapi keseluruhan perbincangan terhadap lima tokoh ini terutama dalam sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam di Terengganu. Masih banyak lagi kelebihan yang ada pada tokoh ulama Syed sepanjang perjuangan mereka dalam penyebaran Islam di Terengganu yang perlu dikaji, umpamanya pemikiran tokoh, tarikat yang diamalkan, konsep pendidikan dan sebagainya.

Note

Thesis (Ph.D) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013

Share

COinS