Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

fac_eng

Department

Akademik Pengajian Melayu

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kedatangan Aidiladha seluruh dunia seringkali dikaitkan mengiringi hari Arafah dengan tanggapan hari raya tersebut disambut setelah selesainya jemaah haji berwukuf. Atas tanggapan berkenaan, terdapat golongan yang menyatakan bahawa kaedah penentuan Aidiladha negara Malaysia masa kini yang berpandukan cerapan hilal Zulhijjah sendiri sebagai tidak menepati syariat Islam serta menggesa penggunaan semula kaedah penentuan berpandukan ketetapan hari wukuf seperti yang pernah diamalkan negara dari tahun 1968 hingga 1993. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti kaedah yang lebih menepati syariat Islam dan menentukan sama ada kaedah penentuan yang digunapakai negara Malaysia masa kini tepat atau tidak dengan meneliti semula kaedah penentuan hari perayaan tersebut pada zaman Rasulullah SAW dan generasi silam. Kajian juga dilaksanakan untuk menentukan sejauh mana pengambilkiraan maṭla’ terhadap penentuan Aidiladha serta kesan sekiranya negara Malaysia menerimapakai hasil kenampakan hilal Zulhijjah negara Arab Saudi. Metodologi kajian adalah berpandukan kajian perpustakaan sementara data-data kenampakan hilal kedua-dua negara dari tahun 1415H hingga 1431H dianalisis menggunapakai perisian MoonCalc5.2 untuk menentukan faktor perbezaan tarikh sambutan Aidiladha kedua-dua negara. Dapatan kajian menunjukkan tradisi penentuan Aidiladha sejak mula adalah berpandukan kenampakan hilal memandangkan ibadah haji disyariatkan lebih lewat berbanding hari perayaan tersebut. Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah penyediaan takwim hijri yang berbeza antara negara Malaysia (kaedah Imkanur-rukyah) dengan Arab Saudi (kaedah Umm al-Qura) boleh menyebabkan tarikh merukyah hilal Zulhijjah kedua-dua negara berbeza. Sementara analisis data kenampakan hilal dari tahun 1415H hingga 1431H mengesahkan maṭla’ hilal kedua-dua negara adalah berbeza. Analisis data juga mengesahkan sekiranya negara Malaysia menerimapakai hasil kenampakan hilal Zulhijjah negara Arab Saudi, maka lebihan hari bulan Zulhijjah (31 hari) dan kekurangan hari bulan Zulkaedah (28 hari) berlaku kepada negara Malaysia sepertimana yang pernah terjadi sepanjang tahun 1968 hingga 1993. Faktor-faktor perbezaan tarikh sambutan Aidiladha kedua-dua negara banyak dipengaruhi oleh faktor maṭla’. Selain faktor tersebut, faktor hilal yang didakwa kelihatan di negara Arab Saudi ketika data menunjukkan hilal belum lahir dan juga hilal didakwa kelihatan di negara tersebut ketika data menunjukkan hilal tiada atas ufuk turut menyumbang kepada perbezaan tarikh sambutan Aidiladha kedua-dua negara.

Note

Disertasi (M.A.)- Akademik pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013.

5274-2_Tajuk_.pdf (4 kB)
5274-3_Pengakuan.pdf (48 kB)
5274-4_abstrak_melayu.pdf (149 kB)
5274-5_Kandungan.pdf (303 kB)
5274-Abstrak.pdf (42 kB)
5274-Analisis_Data_Kedudukan_Bulan,_Matahari_Dan_Parameter-Parameter_Berkaitan_Ketika_Matahari_Terbenam_Terhadap_Laporan_Kenampakan_Hilal_Ram,_Sya_Dan_Zul_Negara_Arab_Saudi(2).pdf (363 kB)
5274-Analisis_Data_Kedudukan_Bulan,_Matahari_Dan_Parameter-Parameter_Berkaitan_Ketika_Matahari_Terbenam_Terhadap_Laporan_Kenampakan_Hilal_Ram,_Sya_Dan_Zul_Negara_Arab_Saudi.pdf (332 kB)
5274-Analisis_Data_Kedudukan_Bulan,_Matahari_Serta_Parameter-Parameter_Berkaitan_Yang_Digunakan_Dalam_Mengkaji_Kriteria_Imkanur-rukyah_Negara_Malaysia_serta_graf.pdf (302 kB)
5274-Bibliografi.pdf (218 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_1.pdf (227 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_2_-_Bhg_1.pdf (495 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_2_-_Bhg_2.pdf (408 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_2_-_Bhg_2i.pdf (409 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_2_-_Bhg_3.pdf (375 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_2_-_Bhg_4.pdf (255 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_3_-_Bhg_1.pdf (96 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_3_-_Bhg_2.pdf (118 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_3_-_Bhg_3.pdf (133 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_3_-_Bhg_4.pdf (153 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_3_-_Bhg_5.pdf (102 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_3_-_Bhg_6.pdf (181 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_3_-_Bhg_7.pdf (251 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_3_-_Bhg_8.pdf (387 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_4_-_Bhg_1(i).pdf (237 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_4_-_Bhg_1(ii).pdf (192 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_4_-_Kesimpulan.pdf (82 kB)
5274-Disertasi_Master_-_Bab_5.pdf (206 kB)
5274-Halaman_Hadapan_Disertasi.pdf (45 kB)
5274-Kandungan.pdf (162 kB)
5274-Perbdngan_Analisis_Data_Rukyah_Antara__Kaabah_Dengan_Tg._Chincin_Berpandukan_Kriteria_UmmQura(2).pdf (627 kB)
5274-Perbdngan_Analisis_Data_Rukyah_Antara_Tg._Chincin_Dengan_Kaabah_Berpandukan_Kriteria_MABIMS(2).pdf (756 kB)
5274-Perbdngan_Takwim_Hijri_Rasmi_Sepadan_Miladi_Antara_Negara_Malaysia_Dengan_Arab_Saudi.pdf (474 kB)
5274-Ulasan_Perbandingan_Takwim_Hijri_Rasmi_Sepadan_Miladi_Antara_Negara_Malaysia_Dengan_Arab_Saudi.pdf (62 kB)
5274-Ulasan_Perbdngan_Analisis_Data_Rukyah_Antara_Tg._Chincin,_Malaysia_Dengan_Kaabah,_Arab_Saudi.pdf (108 kB)

Share

COinS