Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Dept of Fiqh & Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
Sukuk musyarakah merupakan salah satu instrumen pasaran modal Islam (ICM). Ia antara sukuk yang banyak diterbitkan diperingkat antarabangsa dan tempatan sejak tahun 2005. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji teori dan konsep sukuk musyarakah dan juga meneliti serta menganalisa isu-isu Syariah dalam penstrukturan sukuk musyarakah bermula tahun 2005 hingga 2010. Berdasarkan kepada terma dan syarat (principal term and condition) setiap sukuk yang diterbitkan, kajian akan meneliti sama ada sukuk yang diterbitkan patuh Syariah ataupun sebaliknya. Metode dokumentasi diaplikasikan dalam mengumpul data dan turut mengimplementasikan kaedah analisa dengan menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil daripada penelitian yang dilakukan, terdapat beberapa isu Syariah dalam penstrukturan sukuk musyarakah, antaranya isu wa‘d, wa‘dan dan muwa‘adah, purchase undertaking, liquidity facilities, jaminan modal, pengkelasan dan tanazul. Dapatan menunjukkan sebanyak 53 sukuk telah diterbitkan pada tempoh tersebut dan kajian juga mendapati hanya 1 daripada sukuk yang diterbitkan tidak menepati justifikasi hukum yang dikemukakan oleh pengkaji.
Note
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
Recommended Citation
Saripudin, Khairun Najmi, "Isu-isu syariah dalam sukuk musyarakah di Malaysia : kajian terhadap sukuk yang diterbitkan dari tahun 2005 hingga 2010 / Khairun Najmi bin Saripudin" (2013). Student Works (2010-2019). 1738.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1738