Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

Shaykh Muhammad al-Ghazali bukanlah nama asing dalam dunia Islam era baru. Beliau adalah mujaddid alaf baru. Ketokohan Shaykh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja diiktiraf di negara asalnya Mesir, malah negara-negara umat Islam yang lain. Beliau telah menghasilkan pelbagai karya ilmiah termasuklah beberapa karya dalam bidang tafsir al-Quran. Namun, oleh kerana karyanya dalam bidang tafsir tidak sebanyak bidang-bidang yang lain, karyanya diragui keabsahannya. Disokong oleh bukti-bukti awal yang menunjukkan kecenderungan beliau mentafsirkan al-Quran secara bebas dan liberal. Kajian ini telah menganalisa kembali penulisan tafsir beliau secara umum dan meneliti dengan lebih terperinci karyanya ‘Al-Mahawir al-Khamsah li al-Qur’an al-Karim’. Skop kajian ditumpukan pada genre pentafsirannya yang cenderung kepada aliran Tafsir bi al-Ra’y. Dapatan kajian menunjukkan pentafsiran al-Quran beliau sebenarnya hampir kepada pentafsiran Tafsir bi al-Ma’thur, masih mengikuti ijmak malahan banyak idea baru dari beliau telah dikenalpasti menjadikan pentafsiran al-Quran lebih tuntas dan menarik. Karya beliau ini juga relevan dan signifikan dengan citarasa umat Islam alaf baru.

Note

M.Syariah -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013

Share

COinS