Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
7
Department
Dept of Islamic History & Civilization
Institution
University of Malaya
Abstract
Kebangkitan semula Islam di tahun 70-an telah melahirkan sebuah majalah berbentuk islah dengan nama al-Islah. Tuan Haji Yusof Rawa merupakan peneraju utama kepada penerbitannya, di samping sebagai penulis dan juga penyunting kepada majalah ini. Melalui Tuan Haji Yusof Rawa, tumpuan akan diberikan kepada latar belakang dan sumbangannya terhadap perkembangan Majalah al-Islah. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk menganalisis perkembangan sejarah penerbitan majalah sekitar tahun 70-an di Pulau Pinang. Lima tema dipilih berdasarkan kepada isu pada ketika itu, iaitu isu-isu mengenai pendidikan, politik, perundangan, sosial dan ekonomi. Manakala dua metode diaplikasikan dalam kajian ini iaitu metode analisis teks dan menemubual beberapa orang informen pangkal, antaranya Dr. Mujahid anak bongsu beliau dan beberapa orang tokoh yang hidup sezaman dengan Tuan Haji Yusof Rawa. Dapatan kajian mendapati, Tuan Haji Yusof Rawa memainkan peranan yang cukup besar dalam usahanya menerbitkan Majalah al-Islah. Majalah ini, hanya memberi sumbangan dalam memberi teguran kepada masyarakat, pemimpin, pemimpin politik, ahli akademik dan sebagainya agar sentiasa terkehadapan dalam apa jua bidang di samping memperbaharui setiap ‘kerosakan dan kejahilan’ yang lahir di dalam kehidupan masyarakat. Dan keterbatasan masa serta kemampuan, banyak isu seperti analisis terhadap kekerapan isu, penilaian terhadap penggunaan sistem ejaan Jawi dan biografi penulis-penulis al-Islah tidak disentuh di dalam kajian ini.
Note
M.Usuluddin -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
Recommended Citation
Jalani, Hamidah, "Yusof Rawa dan Majalah Al-Islah : kajian terhadap idea-idea pembaharuan / Hamidah binti Jalani" (2013). Student Works (2010-2019). 1735.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1735
5250-3BAB_KETIGA.pdf (1198 kB)
5250-4BAB_KEEMPAT.pdf (441 kB)
5250-5BAB_KELIMA.pdf (208 kB)
5250-6BIBLIOGRAFI.pdf (186 kB)
5250-A-bahagian_hadapan_tesis.pdf (519 kB)
5250-A-borang_keaslian.pdf (647 kB)