Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Al-Wakalah merupakan salah satu transaksi penting dalam muamalah Islam dan dibincangkan oleh muhaddithin dan fuqaha. Al-Wakalah menjadi transaksi dalam muamalah semasa khususnya dalam industri takaful. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis transaksi al-Wakalah berdasarkan kepada Hadith-Hadith Nabi SAW dalam al-Kutub al-Sittah dan menilai aplikasi prinsip al-Wakalah khususnya dalam industri takaful. Hasil penelitian pengkaji, dalam al-Kutub al-Sittah perbincangan secara khusus hanya terdapat dalam Sahih al-Bukhari yang mengumpulkan Hadith-Hadith al-Wakalah dalam satu topik khusus. Selain itu, dalam Sunan Abu Dawud terdapat satu bab iaitu Bab fi al-Wakalah dalam kitab al-Qada’. Dalam kitab-kitab Hadith yang lain ianya dibincangkan dalam topik-topik berkaitan Hadith berkenaan. Kajian pengkaji telah menganalisis 23 Hadith berkaitan al-Wakalah dalam al-Kutub al-Sittah dan berdasarkan takhrij ringkas, Hadith-Hadith al-Wakalah dibincangkan dalam 250 Hadith dalam al-Kutub al-Sittah yang merangkumi pebagai aspek kehidupan manusia. Kajian merumuskan bahawa ruang lingkup perbahasan al-Wakalah dalam al-Kutub al-Sittah merangkumi lapan perkara utama iaitu al-Wakalah dalam jual-beli, perundangan, perkahwinan, hutang, korban, haji, zakat, dan juga sadaqah, wasiat dan hibah. Selain itu, mengenalpasti lapan prinsip wakalah iaitu [1] melantik dan menjadi wakil dalam perkara yang di benarkan syara‘, [2] wakil tidak menanggung kerugian sekiranya bukan dari kelalaiannya, [3] melantik wakil ghaib, [4] melantik wakil harus dengan keizinan pewakil, [5] melantik wakil bukan muslim, [6] kewajaran membayar upah (al-Ajr) kepada wakil, [7] mengamalkan sifat jujur dan amanah dalam perkhidmatan, [8] tegahan melantik dan menjadi wakil dalam perkara yang di haramkan syara‘. Penilaian pengkaji terhadap aplikasi prinsip al-Wakalah dalam industri takaful mendapati ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam dan berlandaskan kepada lapan prinsip al-Wakalah khususnya dalam perspektif muamalah.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
Recommended Citation
Mohd Noor, Mohd Syukri, "Prinsip al-wakalah dalam al-Kutub al-sittah dan aplikasinya dalam industri takaful di Malaysia / Mohd Syukri bin Mohd Noor" (2013). Student Works (2010-2019). 1731.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1731
5240-3._Perakuan_Keaslian_Penulisan.jpg (10177 kB)
5240-4._Abstrak.pdf (110 kB)
5240-5._Penghargaan.pdf (60 kB)
5240-6._PANDUAN_TRANSLITERASI.pdf (330 kB)
5240-7._ISI_KANDUNGAN.pdf (156 kB)
5240-8._SENARAI_JADUAL_&_RAJAH.pdf (126 kB)
5240-9._BAB_PENDAHULUAN-BIBLIOGRAFI.pdf (3168 kB)
5240-10._Lampiran.pdf (2799 kB)