Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Programme of Islamic Studies
Institution
University of Malaya
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru yang memeluk agama Islam. Kajian in adalah berfokus kepada kehidupan para Saudara Baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berdaftar sebagai Saudara Baru di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Penulis memilih Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk kajian ini kerana penulis pernah belajar di kelas-kelas bimbingan agama Islam anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mempunyai ramai kawan dalam kalangan Saudara Baru di sini. Penulis juga sebagai seorang Saudara Baru mendapati ramai Saudara Baru menghadapi banyak masalah setelah memeluk agama Islam. Oleh yang demikian dalam kajian ini penulis akan menulis berkaitan masalah-masalah yang dihadapi oleh para Saudara Baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seterusnya mensyorkan kaedah penyelesaiannya. Kajian ini menggunakan metode perpustakaan dan lapangan. Sebanyak 5 bab terkandung dalam kajian ini. Dalam kajian ini penulis akan menerangkan makna Saudara Baru dari perspektif Islam. Selain itu penulis juga akan menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan Saudara Baru memeluk Islam, peranan pertubuhan-pertubuhan dakwah Islam yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta seperti JAKIM, JAWI, YADIM, PERKIM, MACMA, PERMIM, ABIM dan sebagainya dalam menjaga kebajikan para Saudara Baru. Kajian ini adalah penting bagi menyedarkan individu-individu Islam, agensi-agensi kerajaan dan swasta tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dan tanggungjawab mereka untuk mengambil tindakan yang tertentu bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Harapan kajian ini adalah untuk mengatasi masalah-masalah Saudara Baru dan membantu mereka untuk mencapai kebebasan dan hidup sebagai seorang muslim yang berjaya.
Note
M.Islam -- Studies Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
Recommended Citation
Abdullah, Abdul Ghani, "Permasalahan saudara baru dan penyelesaiannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Abdul Ghani bin Abdullah" (2013). Student Works (2010-2019). 1726.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1726
5162-Bab_1.pdf (401 kB)
5162-Bab_2.pdf (266 kB)
5162-Bab_3_(D).pdf (326 kB)
5162-Bab_4.pdf (854 kB)
5162-BAB_5.pdf (64 kB)
5162-BIBLIOGRAFI_(1).pdf (115 kB)
5162-ISI__KANDUNGAN(D).pdf (84 kB)
5162-Muka_Depan.pdf (101 kB)
5162-Penghargaan.pdf (25 kB)
5162-SENARAI_KEPENDEKAN.pdf (106 kB)
5162-TAJUK_1.pdf (78 kB)
5162-tAJUK_KE-2.pdf (102 kB)
5162-TAJUK.pdf (102 kB)