Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

4

Department

Dept of Dakwah & Human Development

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini membincangkan kajian bertajuk Pengurusan Aktiviti Dakwah di Masjid Daerah Kerian, Perak: Kajian Tentang Persepsi dan Masalah. Masjid bukan sahaja merupakan tempat suci bagi umat Islam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. tetapi merupakan tempat penyatuan umat Islam dalam pelbagai bidang kehidupan. Objektif kajian ini ialah meneliti aktiviti-aktiviti dakwah yang dilaksanakan terhadap masyarakat setempat, mengkaji persepsi masyarakat terhadap pengurusan aktiviti dakwah yang dilaksanakan dan mengenal pasti masalah pengurusan aktiviti dakwah di masjid Daerah Kerian, Perak yang dihadapi oleh pihak pengurusan masjid. Kajian ini menggunakan metode atau kaedah kajian perpustakaan sebagai teori dalam kajian dan juga kajian lapangan iaitu soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian memperlihatkan bahawa persepsi masyarakat terhadap pengurusan aktiviti dakwah di masjid Daerah Kerian, Perak antaranya ialah masjid berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan pusat kebudayaan masyarakat Islam. Pengurusan aktiviti dakwah di masjid Daerah Kerian, Perak juga berhadapan dengan masalah dalam pelaksanaannya antaranya ialah kekurangan sumber kewangan adalah penyebab utama aktiviti dakwah tergendala dan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Masalah pengurusan aktiviti dakwah yang dihadapi menyebabkan aktiviti dakwah di masjid Daerah Kerian, Perak tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Ia perlu ditangani oleh semua pihak untuk memastikan masjid kekal makmur dan aktiviti dakwah berterusan selama-lamanya.

Note

M.Usuluddin -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013

Share

COinS