Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
9
Department
Dept of Syariah & Economics
Institution
University of Malaya
Abstract
Pembangunan pelancongan di Langkawi berkembang pesat bermula pertengahan tahun 80-an. Kerajaan telah memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan pulau berkenaan menjadi sebuah pulau peranginan yang terkenal di dunia dengan memperkenalkan Dasar Bebas Cukai pada tahun 1987. Seterusnya kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar yang lain dalam usaha menarik lebih ramai kemasukan pelancong dan merancakkan lagi industri pelancongan di Langkawi. Walaubagaimanapun, kepesatan pembangunan yang berlaku telah meninggalkan kesan yang positif dan sebaliknya terhadap perkembangan sektor pelancongan pulau tersebut juga terhadap perkembangan sosial-ekonomi penduduknya. Kajian ini menfokuskan kepada dasar dan strategi perlaksanaan pembangunan pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah dan analisisnya dari perspektif ekonomi Islam. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dalam pengumpulan data dan maklumat serta menggunakan kaedah komparatif dalam membuat perbandingan antara perlaksanaan dasar dan strategi pembangunan pelancongan di Langkawi dengan pembangunan pelancongan yang di cadangkan dalam Islam. Akhirnya, kajian ini mendapati beberapa aspek dalam pembangunan pelancongan di Langkawi masih wujud ketidakselarasan dengan kehendak yang disarankan dalam Islam. Cadangan penambahbaikan dikemukan bersama kajian ini dalam usaha membangunan sektor pelancongan bercirikan Islam. Seterusnya ia dapat dijadikan contoh pelopor dalam membangunkan bidang pelancongan Islam tersebut.
Note
M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
Recommended Citation
Adnan, Mohd Al Hafiz, "Dasar dan strategi pembangunan pelancongan di Langkawi : analisis menurut perspektif ekonomi Islam / Mohd Al Hafiz bin Adnan" (2013). Student Works (2010-2019). 1716.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1716
5088-Bab_2_Full_Thesis.pdf (502 kB)
5088-Bab_3_Full_Thesis.pdf (724 kB)
5088-Bab_4_Full_Thesis.pdf (371 kB)
5088-Bab_5_Full_Thesis.pdf (451 kB)
5088-Bab_6_Full_Thesis.pdf (227 kB)
5088-BIBLIOGRAFI-lengkap.pdf (777 kB)
5088-MUKA_DEPAN_KULIT_KERAS.pdf (124 kB)