Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Dept of Fiqh & Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
Kitaran hidup bintang sukar dihitung kerana tempoh hayat bintang menjangkaui jutaan tahun. Justeru, kajian ini bertujuan merungkai permasalahan kitar hidup sesuatu bintang. Metod komparatif di antara nas-nas al-Quran dan teori sains digunakan dengan merujuk kitab-kitab tafsir serta buku-buku astronomi. Hasil kajian ini mendapati, di dalam al-Quran terdapat tujuh lafaz yang membawa maksud bintang. Manakala hanya terdapat satu ayat yang menerangkan tentang kelahiran bintang dan satu ayat juga mengenai kematian bintang. Kedua-dua ayat ini merupakan ayat umum yang memerlukan kepada penjelasan yang terperinci. Dapatan pengintegrasian di antara al-Quran dan sains mendapati lafaz yang merujuk kepada pembentukan bintang adalah dukhan iaitu nebula yang didominasikan gas hidrogen dan helium. Manakala lafaz yang sesuai dikaitkan dengan ayat kematian bintang pula adalah tumisat yang membawa maksud hilang lenyap. Ayat ini boleh dikaitkan dengan bintang kerdil putih bagi bintang berjisim ringan dan lohong hitam bagi bintang berjisim berat, kerana mengikut teori sains sesebuah bintang mengakhiri kehidupannya bergantung kepada jisimnya. Kesimpulannya, tiada perbezaan di antara ayat-ayat kawniyyah dengan teori sains bagi asas kelahiran dan kematian sesebuah bintang.
Note
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
Recommended Citation
Awang @ Ab Rahman, Nurul Hidayah, "Kitaran hidup bintang : kajian komparatif antara tafsiran Al-Quran dan teori saintifik / Nurul Hidayah binti Awang @ Ab Rahman" (2013). Student Works (2010-2019). 1713.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1713
5085-3__ABSTRAK.pdf (121 kB)
5085-4_JADUAL_TRANSLITERASI.pdf (240 kB)
5085-5_SENARAI_JADUAL_DAN_RAJAH.pdf (131 kB)
5085-6_ISI_KANDUNGAN.pdf (157 kB)
5085-7_BAB_1.pdf (309 kB)
5085-8_BAB_2.pdf (544 kB)
5085-9_BAB_3.pdf (1275 kB)
5085-10_BAB_4.pdf (4283 kB)
5085-11_BAB_5.pdf (171 kB)
5085-12_BIBLIOGRAFI.pdf (237 kB)