Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

5

Department

Dept of Fiqh & Usul

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini meneliti karya-karya fiqh munakahat yang diterbitkan sepanjang tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 1998-2008. Sebanyak 32 karya fiqh munakahat yang dihasilkan dalam tempoh berkenaan dianalisis untuk mendapatkan data-data yang dikehendaki. Data-data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif berdasarkan tiga aspek utama. Pertama, analisis dibuat untuk mengklasifikasikan karya-karya tersebut kepada sama ada karya yang bersifat ilmiah atau karya popular. Karya-karya itu juga dianalisis untuk mengenal pasti tema-tema yang diutarakan oleh para penulis serta aliran pemikiran yang terdapat dalam karya-karya tersebut. Hasil analisis keseluruhan mendapati daripada 32 naskhah karya, 17 naskhah (53%) merupakan naskhah ilmiah berbanding 15 (47%) naskhah popular. Dari segi tema pula, karya-karya fiqh munakahat sepanjang tempoh 1998 hingga 2008 dapat dikategorikan kepada empat tema utama, iaitu tema panduan rumah tangga, pembentukan dan pembubaran perkahwinan, poligami dan undang-undang perkahwinan. Daripada keempat-empat tema tersebut, tema panduan rumah tangga didapati paling dominan, iaitu 10 naskhah atau 31%, diikuti oleh tema pembentukan dan pembubaran perkahwinan dan tema undang-undang perkahwinan, masing-masing 8 naskhah atau 25% dan tema poligami sebanyak 6 naskhah atau 19%. Akhir sekali, hasil analisis mendapati bahawa kebanyakan karya fiqh munakahat yang dihasilkan pada tahun 1998 hingga 2008 berasaskan aliran pemikiran mazhab Syafii, iaitu sebanyak 87% berbanding dengan karya-karya yang berasaskan aliran reformis atau Islam Liberal yang hanya berjumlah 13% sahaja. Rumusan daripada analisa yang dibuat mendapati bahawa perlu ada transformasi dalam penulisan karya-karya fiqh munakahat bagi menghasilkan karya-karya yang bermutu. Karya-karya tersebut perlu ditulis secara kreatif dan kritis berdasarkan isu-isu semasa dengan berpandukan hukum keempat-empat mazhab dalam Islam.

Note

M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013

Share

COinS