Author

Aemy Aziz

Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

9

Department

Dept of Syariah & Economics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menganalisis mengenai pembiayaan perumahan berasaskan prinsip Bay’ Bithaman Ajil (BBA) yang diamalkan di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat). Dalam kajian ini, data dikumpul dengan menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah pengumpulan data, kajian laman web dan yang terakhir ialah kaedah temubual. Data seterusnya akan di analisis dengan menggunakan metode induktif, deduktif dan komperatif. Tumpuan kajian adalah berkisar kepada konsep perlaksanaan BBA itu sendiri yang merangkumi definisi, dalil, hujah daripada para sarjana Islam, rukun dan aplikasinya dalam perbankan Islam di Malaysia. Selain itu kajian menfokuskan kepada aplikasinya dalam pembiayaan perumahan di Bank Rakyat dan BMMB yang merangkumi modus operandi, produk yang ditawarkan, syarat yang dikenakan kepada pelanggan dan kaedah pengiraan terhadap pembiayaan ini. Seterusnya kajian memfokuskan kepada kaedah dan penyelesaian yang diambil kedua-dua bank dalam menangani isu dan cabaran yang dihadapi terhadap pembiayaan perumahan berasaskan prinsip BBA. Kajian ini menerangkan secara terperinci mengenai modus operandi yang diamalkan oleh kedua-dua bank seterusnya akan menjawab secara menyeluruh dan jelas mengenai isu dan cabaran yang timbul terhadap pembiayaan perumahan berasaskan prinsip BBA yang akan menjadi rujukan masyarakat dalam memahami jenis pembiayaan ini.

Note

Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013

Share

COinS