Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Dept of Fiqh & Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
Masyarakat Arab dahulu mengamalkan al-Nasi’ dalam sistem takwim Qamariyah. Al-Nasi’ ialah amalan mengakhirkan dan mengawalkan bulan-bulan haram untuk menghalalkan peperangan mengikut hawa nafsu. Amalan al-Nasi’ menyebabkan catatan tarikh peristiwa-peristiwa penting dalam sirah Nabi Muhammad SAW bercanggah dalam nukilan sejarah Islam. Antara peristiwa-peristiwa tersebut ialah: Hari kelahiran Muhammad SAW, perkahwinan Muhammad SAW dengan Khadijah, Muhammad SAW diutus menjadi Nabi, peristiwa Israk dan Mikraj, perkahwinan Rasulullah SAW dengan ‘Ai’shah, hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, solat Jumaat pertama Rasulullah SAW di Madinah, hari kematian Ibrahim ketika gerhana matahari, hari wukuf ketika haji wada‘ dan kewafatan Rasulullah SAW. Disertasi ini cuba merungkai dan menyemak semula tarikh sebenar peristiwa-peristiwa tersebut. Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah metod perpustakaan dengan meneliti kitab-kitab sirah serta mengambil pendapat yang rajih dan membandingkan dapatan yang diperolehi dengan menggunakan perisian Moon Calculator 6.0. Tarikh sebenar beberapa peristiwa-peristiwa penting dalam sirah Nabi SAW bercanggah dengan dapatan dan kajian semasa.
Note
M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
Recommended Citation
Ballazi, Nur Jannah, "Penentuan tarikh-tarikh penting dalam sirah Rasulullah SAW berdasarkan pengiraan takwim Hijri terkini / Nur Jannah Ballazi" (2013). Student Works (2010-2019). 1708.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1708
5080-BAB_1_.pdf (241 kB)
5080-BAB_2.pdf (997 kB)
5080-BAB_3.pdf (816 kB)
5080-BAB_4.pdf (1035 kB)
5080-BAB_5.pdf (160 kB)
5080-BIBLIOGRAFI.pdf (219 kB)