Date of Award
1-1-2013
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Dept of Fiqh & Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini bertajuk “Implementasi Hukuman Sebat di Bandar Bireuen Nanggroe Aceh Darussalam Indonesia.” Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji kaedah pelaksanaan hukuman sebat di bandar Bireuen, mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hukuman sebat dan untuk mengetahui pendirian Penguatkuasa Kanun Jenayah di bandar Bireuen terhadap pelaksanaan hukuman sebat di tersebut. Metode yang digunakan dalam kajian ini iaitu metode analisis kualitatif dengan mengambil data dari sumber primer dan sekunder. Data diperoleh dari sumber primer dengan menggunakan kajian kes dan temubual. Manakala data yang diperoleh dari sumber sekunder dari bahan-bahan bercetak seperti buku-buku, risalah, kertas kerja ilmiah, artikel ilmiah, akhbar dan jurnal. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pelaksanaan hukuman sebat di Bireuen sesuai dengan kaedah dalam Perundangan Islam. Namun terdapat masalah dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan hukuman sebat tersebut. Di antara masalah yang dihadapi iaitu dana dan kemudahan yang terhad, kanun jenayah yang kurang sempurna dan wujudnya diskriminasi (ketidakadilan) pelaksanaan hukuman sebat di masyarakat. Manakala cabarannya iaitu kurangnya kefahaman masyarakat terhadap kandungan Kanun Jenayah dan wujudnya penolakan dari beberapa organisasi masyarakat terhadap pelaksanaan hukuman sebat di Bireuen. Sementara itu, Penguatkuasa Kanun Jenayah sangat menyokong pelaksanaan hukuman sebat di bandar Bireuen.
Note
M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
Recommended Citation
Ritonga, Hasir Budiman, "Implementasi hukuman sebat di bandar Bireuen, Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia / Hasir Budiman Ritonga" (2013). Student Works (2010-2019). 1700.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1700
5071-Bab_II.pdf (577 kB)
5071-Bab_III.pdf (513 kB)
5071-BAB_IV.pdf (289 kB)
5071-Bab_V.pdf (86 kB)
5071-BIBLIOGRAF1.pdf (288 kB)
5071-Cover_Tesis.pdf (7 kB)
5071-Isi_Kandungan.pdf (208 kB)
5071-Lampiran_Bergambar.pdf (882 kB)
5071-Lampiran_Gambar_Peta.pdf (342 kB)
5071-Lampiran_Soal_Tembual.pdf (62 kB)
5071-MOTTO.pdf (270 kB)
5071-Penghargaan,_Kependekan,_Transliterasi.pdf (171 kB)