Date of Award

1-1-2013

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

10

Department

Dept of Syariah & Law

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Disertasi ini membincangkan dan menganalisa isu-isu berbangkit berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah di Aceh selepas memperolehi kuasa autonomi khusus dari pemerintah Republik Indonesia. Perbahasan kajian ini meliputi perbincangan mengenai sejarah Mahkamah Syariah di Aceh, hubungan Mahkamah Syariah dengan Pengadilan Agama dan Mahkamah Agung Republik Indonesia, dan juga perkara-perkara yang penting berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Semua masalah dikaji dengan menggunakan metodologi pengumpulan data yang diperolehi dari buku-buku, jurnal, kertas seminar, bahan-bahan ilmiah daripada internet, tesis, temubual dan observasi. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan metodologi deskriptif kualitatif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui impak dan kebenaran isu-isu yang berbangkit berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Aceh terhadap pelaksanaan kanun-kanun syariat Islam di Aceh. Kajian ini mendapati banyak isu-isu berbangkit perlu diberi perhatian oleh semua kalangan, terutama sekali pemerintah Aceh. Perlu usaha dari semua kalangan di Aceh untuk menuntut hak autonomi khusus diberikan seluruhnya, termasuk autonomi Mahkamah Syariah sehingga tidak lagi berada dibawah struktur Mahkamah Agung Republik Indonesia.

Note

M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013

Share

COinS