Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages and Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Arab terdapat pelbagai kajian telah dijalankan secara meluas. Walaubagaimanapun, kajian-kajian yang telah dijalankan banyak tertumpu kepada konsonan BA berbanding vokal. Justeru disertasi ini mengambil peluang untuk mengkaji penggunaan vokal BA dalam kalangan pelajar. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah kesilapan sebutan bunyi vokal BA dalam kalangan pelajar IPTA. Metodologi kajian adalah lebih bersifat lapangan di mana data dan sampel kajian dikumpul dari sejumlah responden yang terpilih. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah kaedah analisis kandungan, kaedah tinjauan dan kaedah pemerhatian. Data yang diperolehi pula dianalisis melalui Microsoft Excell dan Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan pelajar menghadapi masalah sebutan vokal BA. Antara kesilapan yang dilakukan pelajar termasuklah menukar kedudukan vokal sama ada vokal panjang mahupun vokal pendek, memanjangkan vokal pendek, memendekkan vokal panjang, menggugurkan dan menggantikan vokal dan sebagainya. Kesilapan tersebut berlaku dalam golongan kata nama dan golongan kata kerja di mana golongan kata nama lebih kerap berlaku kesilapan sebutan vokal. Penggunaan vokal yang salah juga berlaku dalam semua jenis bilangan suku kata BA sama ada perkataan yang mempunyai dua suku kata sehinggalah kepada perkataan yang mempunyai 6 suku kata. Hasil kajian menunjukkan perkataan yang mempunyai 3 suku kata lebih kerap berlaku kesilapan sebutan vokal.

Note

Dissertation (S.P.B.M.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2012

Share

COinS