Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

Penulisan ini merupakan satu kajian berkaitan “Isra’iliyyat Dalam Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap Hikayat Mukjizat Nabi.” Dalam Hikayat Mukjizat Nabi tersebut, ia terdiri daripada Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Mi‘raj Nabi. Namun, ketiga-tiga hikayat tersebut mempunyai banyak versi dan penulis hanya mengambil dan memfokuskan kajian kepada Hikayat Nabi Bercukur (MSS 2706 C), Hikayat Nabi Mi„raj (MSS 3411) dan Hikayat Bulan Berbelah (MSS 2706 B) sebagai sampel kajian. Penulis banyak menggunakan metode dokumentasi dan historis dalam kajian ini bagi mendapatkan maklumat dan metode komparatif bagi menganalisis data tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui latar belakang ketiga-tiga Manuskrip Hikayat Mukjizat Nabi secara khusus dan juga mengenal pasti jumlah riwayat Isra’iliyyat yang terdapat dalam ketiga-tiga manuskrip tersebut. Dalam mengenal pasti unsur-unsur Isra’iliyyat yang terdapat di dalam ketiga-tiga manuskrip, penulis telah mengklasifikasikan Isra’iliyyat ini kepada tiga bahagian, iaitu Isra’iliyyat yang bertepatan dengan syariat, Isra’iliyyat yang bertentangan dengan syariat dan Isra’iliyyat yang didiamkan. Hasil kajian mendapati kebanyakan riwayat yang didatangkan oleh pengarang manuskrip hikayat adalah hasil tokok tambah pengarang tersebut dan kebanyakan Isra’iliyyat adalah melampau berbanding dengan riwayat dalam kitab tafsir mahupun hadith.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012

5348-BAB_1.pdf (361 kB)
5348-BAB_2.pdf (713 kB)
5348-BAB_3.pdf (1030 kB)
5348-BAB_4.pdf (1600 kB)
5348-Bab_5.pdf (2073 kB)
5348-cover.pdf (56 kB)
5348-pendahuluan.pdf (254 kB)

Share

COinS