Date of Award
1-1-2012
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
7
Department
Dept of Islamic History & Civilization
Institution
University of Malaya
Abstract
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji metode pengajaran subjek Pendidikan Islam dan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan keatas 72 orang pelajar yang menjadi sampel kajian yang mewakili populasi keseluruhan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik Kajang di sekolah berkenaan. Kajian ini adalah kajian kuantatif di mana pengkaji menggunakan soal selidik bagi tujuan mengumpul data yang telah diedarkan kepada sampel kajian. Soal selidik berkenaan di analisis dengan menggunakan SPSS versi 12 yang memaparkan dapatan dalam bentuk kekerapan dan peratus bagi setiap item. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa guru-guru Pendidikan Islam telah menggunakan pelbagai metode pengajaran yang bersesuaian dengan topik semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut. Dapatan kajian juga menunjukkan metode pengajaran yang diguna oleh guru-guru pendidikan Islam adalah berkesan dan membantu para pelajar memahami sesuatu tajuk pengajaran yang disampaikan dengan baik.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
Recommended Citation
Ahmad, Mohd Lutfi, "Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor : kajian tentang metode pengajaran Pendidikan Islam / Mohd Lutfi Ahmad" (2012). Student Works (2010-2019). 1253.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1253