Author

Norain Ismail

Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

7

Department

Dept of Islamic History & Civilization

Institution

University of Malaya

Abstract

Tuhfat al-Nafis merupakan salah satu sumber sejarah Historiografi Johor yang mewakili suku kaum Bugis. Disertasi ini merupakan satu kajian berkaitan dengan peperangan yang disertai oleh orang Melayu dan Bugis khasya dalam karya Tuhfat al-Nafis. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat bertujuan untuk menjawab beberapa permasalahan dengan membuat penelitian, mengkaji, menganalisis serta menemukan satu rumusan yang meliputi beberapa item seperti motif berlakunya peperangan, siapakah individu dan para peserta yang terlibat sama dalam peperangan tersebut. Apakah jenis alat kelengkapan yang mengiringi perang tersebut sama ada perkapalan, mahu pun kepelbagaian jenis senjata dan apakah bentuk strategi yang dirancang dan diaplikasikan dalam pertempuran itu. Penggunaan metode pengumpulan data, analisis data dan metode perbandingan telah membantu dan memudahkan bagi menyempurnakan disertasi ini. Hasil daripada kajian ini ternyata serba sedikit dapat memberi satu input baru mengenai subjek tersebut kepada individu, masyarakat dan negara.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012

Share

COinS