Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

10

Department

Dept of Syariah & Law

Institution

University of Malaya

Abstract

Istihsan merupakan salah satu sumber hukum Islam yang tidak disepakati oleh para ulama’. Ia diterima pakai oleh kebanyakan mazhab-mazhab fiqh yang utama seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali, tetapi ditentang dengan agak keras oleh Imam al-Syafi‘i. Konsep Istihsan pada hakikatnya dibentuk bagi mengelakkan kebergantungan kepada zahir nas sama ada daripada Al-Quran, Sunnah ataupun Ijma‘. Ia juga disusun bagi mengelakkan penggunaan Qiyas yang keterlaluan sehingga menafikan prinsip Maslahah ketika menetapkan sesuatu hukum. Ini disebabkan, pemeliharaan terhadap kemaslahatan umum merupakan satu prinsip asas bagi syariah dan mana-mana ketetapan hukum yang tidak meraikannya, akan menyebabkan prinsip syariah ini tidak dapat diamalkan, meskipun ia dikeluarkan berdasarkan sumber-sumber utama di atas. Justeru itu, pemakaian konsep Istihsan boleh membetulkan tafsiran secara literal sumber-sumber utama hukum Syarak berasaskan kepada prinsip Maslahah. Dalam melihat realiti pengamalan Istihsan di negara ini pula, penyelidik telah membuat penelitian terhadap sumber-sumber hukum yang digunakan dalam penyelesaian-penyelesaian masalah di Mahkamah Syariah dalam bentuk penghakiman kes dan di Pejabat atau Jabatan Mufti dalam bentuk fatwa. Berdasarkan penelitian terhadap penyelesaian-penyelesaian hukum daripada dua badan yang berautoriti ini, penyelidik mendapati bahawa konsep Istihsan telah digunakan bagi menyelesaikan sebahagian kes-kes yang berlaku di Mahkamah Syariah dan juga fatwa-fatwa kontemporari di negara ini.

Note

Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012

5254-Bab_1.pdf (190 kB)
5254-Bab_2.pdf (453 kB)
5254-Bab_3.pdf (459 kB)
5254-Bab_4.pdf (482 kB)
5254-Bab_5.pdf (217 kB)

Share

COinS