Date of Award
1-1-2012
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Menyedari betapa pentingnya pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru kepada para pelajar lebih-lebih lagi dalam membicarakan penafsiran ayat-ayat al-Quran yang mengandungi unsur-unsur isra’iliyyat telah mendorong kajian ini dilaksanakan. Ini kerana kefahaman isra’iliyyat di kalangan Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) sangat mempengaruhi penerapan kefahaman isra’iliyyat pelajar-pelajar sekolah. Fokus utama kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengukur sejauhmana kefahaman Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah-sekolah menengah zon Keramat, Kuala Lumpur berhubung unsur-unsur isra’iliyyat yang terdapat dalam penafsiran al-Quran. Selain itu juga kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan kefahaman isra’iliyyat di kalangan GPI di samping mengenalpasti hubungan kefahaman isra’iliyyat dengan penerapan unsur-unsur isra’iliyyat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Metodologi kajian ini dijalankan secara pengumpulan maklumat melalui kajian lapangan. Seramai 128 orang responden yang terdiri daripada Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) daripada 22 buah sekolah menengah zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disoal-selidik. Data yang diperolehi telah dianalisa menggunakan ujian chi-square secara deskriptif frekuensi dan signifikan hubungan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman dan kecenderungan penerapan unsur-unsur isra’iliyyat dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa hanya 32.8% di kalangan Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) yang memahami tentang isra’iliyyat. Kesan daripada kurangnya kefahaman tentang isra’iliyyat telah mempengaruhi penerapan unsur-unsur isra’iliyyat dalam pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar di sekolah. Unsur-unsur isra’iliyyat dikenalpasti daripada pengetahuan sedia ada guru itu sendiri, silibus mata pelajaran Pendidikan Islam mahupun penerapan unsur-unsur isra’iliyyat yang tidak disedari daripada kitab-kitab tafsir yang dirujuk
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
Recommended Citation
Naziri, Bazliah, "Israiliyyat : kajian kefahaman guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Bazliah binti Naziri" (2012). Student Works (2010-2019). 1242.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1242
5235-02_halaman_judul.pdf (4 kB)
5235-03_original_declaration.pdf (65 kB)
5235-04_intro_compile_20dec2011.pdf (231 kB)
5235-05_bab_compile_20dec2011.pdf (1510 kB)
5235-06_bibliografi_20dec2011.pdf (102 kB)
5235-07_Lampiran_A.pdf (4 kB)
5235-09_Lampiran_B.pdf (243 kB)
5235-08_Lampiran_B_separator.pdf (3 kB)
5235-10_Lampiran_C_separator.pdf (4 kB)
5235-11_Lampiran_C.pdf (700 kB)
5235-12_Lampiran_D_separator.pdf (4 kB)
5235-13_Lampiran_D.pdf (548 kB)