Date of Award
1-1-2012
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
3
Department
Dept of Aqidah & Islamic Thought
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini bertajuk “Beberapa Isu Pilihan Berkaitan Qada’ dan Qadar Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah: Kajian Kitab Shifa' al-'alil.” Satu kajian yang menganalisis salah satu karya Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam bidang Akidah, iaitu kitab beliau yang bertajuk ShifÉ’ al-‘AlÊl fÊ MasÉ’il al-QaÌÉ’ wa al-Qadar. Secara keseluruhan, kajian ini berkonsepkan perpustakaan (library research) yang berteraskan dua kaedah pengkajian; pengumpulan data dan analisis data. Bagi menganalisis data, dua sub aplikasi digunakan iaitu induktif dan deduktif. Kajian ini mengandungi 5 bab iaitu: bab pertama, pendahuluan; bab kedua huraian riwayat hidup Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691H-751H) dan pengenalan kitab ShifÉ’ al-‘AlÊl; bab ketiga analisis pandangan Ibn al-Qayyim tentang persoalan iÍtijÉj manusia terhadap takdir Allah dan penentuan takdir bahagia dan sengsara sebelum penciptaan mereka; bab keempat, analisis pandangan Ibn al-Qayyim tentang persoalan al-HudÉ (petunjuk) dan al-ÖalÉl (kesesatan) yang berlaku pada manusia, dan bab kelima penutup. Daripada kajian tersebut, didapati bahawa dalam beberapa persoalan yang berkaitan dengan takdir, Ibn al-Qayyim memiliki pandangan yang umumnya selaras dengan Akidah Ahl al-Sunnah wa al-JamÉ’ah yang menentang fahaman Qadariyah, Mu‘tazilah dan Jabariyah.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
Recommended Citation
Ulfa, Fadillah, "Beberapa isu pilihan berkaitan qada' dan qadar menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah : kajian kitab Shifa' al-'alil / Fadillah Ulfa" (2012). Student Works (2010-2019). 1240.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1240
5232-BAB_2_ACC.pdf (474 kB)
5232-Bab_3_ACC.pdf (553 kB)
5232-Bab_4__ACC.pdf (536 kB)
5232-BAB_5_ACC.pdf (228 kB)
5232-Bibliografi_ACC.pdf (251 kB)
5232-Kulit_Disertasi_ACC.pdf (144 kB)