Date of Award
1-1-2012
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
4
Department
Dept of Dakwah & Human Development
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini adalah mempelajari sejarah dakwah Nabi SAW, maka akan didapati pelbagai metode dakwah yang diguna pakai oleh beliau, dan diantara metode dakwah itu adalah melalui kisah. Objektif daripada kajian ini ialah untuk mengetahui metode dakwah Nabi Muhammad SAW dalam penerapan akhlak. Untuk mengenal pasti penggunaan uslub kisah dalam gaya persembahan dakwah Nabi Muhammad SAW. Mengetahui hadith-hadith yang mengandung metode kisah dalam penerapan akhlak yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Untuk mencapai keputusan kajian, penulis mengguna metode kajian bahan-bahan bertulis, keputusan fikiran dan hujah-hujah pemikir (Library Research). Dalam menyempurnakan kajian ini, penulis akan menggunakan dua metode utama iaitu: Metode pengumpulan data dan metode analisis data. Antara keputusan yang diperolehi ialah dakwah dengan kisah mampu menanamkan pendidikan al-akhlaq al-karimah, kerana dari keterangan kisah-kisah yang baik itu dapat meresap ke dalam hati nurani dengan mudah dan baik, serta mendidik dalam meneladani perbuatan baik dan mengelakkan dari perbuatan buruk, kisah yang diceritakan oleh Nabi Muhammad saw ialah kisah tersebut diperdengarkan daripada pelbagai usia, dan diriwayatkan oleh para sahabat dan juga sahabiyat. isi tempahan Baginda SAW bukan setakat satu warna. Namun meliputi banyak mesej, merangkumi akidah, ibadah dan akhlak.
Note
Dissertation (M.Islam Stud.) -- Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
Recommended Citation
Ayub Asnawi, Siti Hafidah, "Metodologi dakwah Nabi Muhammad saw melalui pengkisahan : kajian tentang penerapan akhlak dalam Sahih al-Bukhari / Siti Hafidah Ayub Asnawi" (2012). Student Works (2010-2019). 1237.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1237