Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

5

Department

Dept of Fiqh & Usul

Institution

University of Malaya

Abstract

Pemilihan pemimpin berdasarkan hukum syarak adalah dituntut di dalam Islam. Ini kerana pemimpin mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam Islam. Penganugerahan yang diberikan oleh syarak kepadanya bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan serta tanggungjawab mereka yang begitu besar, Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana pandangan masyarakat dalam menentukan pendirian politik samada ianya berdasarkan hukum syarak atau sebaliknya. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pertimbangan hukum syarak di kalangan masyarakat Pasir Mas dalam menentukan pendirian politik dan melihat perbezaan antara kefahaman politik dengan umur, status, pekerjaan, tahap pendidikan dan aliran pengajian. Kajian ini menggunakan soalselidik sebagai instrument kajian. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini ditumpukan kepada data-data lapangan yang diambil daripada responden yang berada di dalam kawasan Pasir Mas sebagai sampel kajian Populasi kajian ini terdiri daripada masyarakat Pasir Mas yang berumur 21 tahun ke atas. Seramai 102 responden dipilih sebagai sampel kajian. Data-data tersebut dianalisis menggunakan program SPSS untuk mendapatkan kekerapan, purata, peratus, perhubungan dan perbezaan yang bertujuan untuk menjelaskan pandangan masyarakat dalam menentukan pendirian politik. Secara keseluruhannya, didapati bahawa masyarakat Pasir Mas menggunakan sumber hukum Islam dalam menentukan pendirian politik.

Note

Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012

Share

COinS