Author

Ikram Khalil

Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

al-Ajwibah al-Fadilah li al-As`ilah al-`Ashrah al-Kamilah dan Qawa`id fi `Ulum al-Hadith merupakan karya yang dihasilkan oleh dua tokoh sarjana hadis India iaitu Imam al-Laknawi dan Shaykh Zafar Ahmad al-`Uthmani al-Tahanawi. Kajian perpustakaan (library research) yang berbentuk deskriptif ini bertujuan mengetengahkan kepada umum metode kedua-dua pengarang di dalam kitab al-Ajwibah al-Fadilah dan Qawa`id fi `Ulum al-Hadith. Kajian terhadap karya ini dilakukan dalam dua bentuk iaitu analisis metode dan kajian perbandingan. Fakta kajian mendapati kitab al-Ajwibah al-Fadilah li al As`ilah al-`Ashrah al-Kamilah merupakan kompilasi jawapan kepada soalan-soalan berkaitan `ulum al-hadith yang dikemukakan oleh seorang ulama hadis iaitu Shaykh Husayn al-Lahuri kepada Imam al-Laknawi. Selain itu, kajian juga mendapati Imam al-Laknawi merupakan seorang sarjana hadis yang bersifat terbuka dan berlapang dada dalam menerima pendapat yang rajih serta lebih cenderung kepada pendapat jumhur al-muhaddithin. Kajian ini turut menemukan fakta bahawa kitab Qawa`id fi `Ulum al- Hadith merupakan muqaddimah kepada kitab I`la` al-Sunan karangan Shaykh Zafar Ahmad al-`Uthmani al-Tahanawi. Akhir sekali, hasil kajian ini mendapati Shaykh Zafar mengutamakan pendapat Mazhab Hanafi di dalam kebanyakan isu ulum al-hadith berbanding pendapat jumhur al-muhaddithin.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012

Share

COinS