Date of Award
1-1-2012
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini merupakan salah satu daripada usaha penyelidikan terhadap khazanah Melayu khususnya kepada karya-karya ilmuan dan tokoh-tokoh ulama Melayu. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap seorang tokoh ulama yang bernama Sheikh 'Abd al-Qadir al-Mandili dan kajian terhadap beberapa karya pengkajian beliau. Melalui kajian ini, beberapa hasil kajian diperoleh iaitu pertama mendedahkan secara ringkas dan padat berkaitan perkembangan hadith dan ilmunya di Nusantara, kedua, membongkar latar belakang dan biodata Sheikh 'Abd al-Qadir al-Mandili yang merupakan seorang tokoh yang banyak memberikan sumbangan di alam Melayu khusus melalui karya pengkajian dan ketiga usaha meneliti dan mengkaji serta mentakhrij hadith-hadith daripada empat buah karya yang dipilih mewakili beberapa bidang keilmuan iaitu karya I‘tiqad Orang Yang Percaya akan Quran dengan Turunnya ‘Isa ‘Alaih al-Salam Pada Akhir Zaman dalam bidang akidah, Manakutkan dan Meliarkan Daripada Memasukkan Orang-orang Islam Akan Anak-Anak Mereka Itu Ke Dalam Sekolah Orang Kafir dalam bidang pendidikan, Pembantu Sekalian Orang Islam Dengan Harus Membaca Quran dan Sampai Pahalanya Kepada Sekalian Yang Mati dalam bidang fikah dan Penawar Bagi Hati dalam bidang tasawuf. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan keseluruhannya terdapat 185 buah hadith daripada empat buah karya tersebut, termasuk beberapa buah hadith yang berulang.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
Recommended Citation
Che Harun, Mohammed Bazri, "Hadith-hadith dalam karya Syeikh 'Abd. al-Qadir al-Mandili : takhrij dan analisis / Mohammed Bazri Che Harun" (2012). Student Works (2010-2019). 1228.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1228
5134-3-BAB_PENDAHULUAN.pdf (204 kB)
5134-4-BAB_1.pdf (286 kB)
5134-5-BAB_2.pdf (398 kB)
5134-6-BAB_3.pdf (349 kB)
5134-7-BAB_4.pdf (1310 kB)
5134-8-BAB_5.pdf (1686 kB)