Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

Penanda aras antara ulama’ hadith dan sejarawan Islam dalam menilai riwayat bersifat sejarah memberi impak terhadap nukilan dan periwayatan terhadap hadith dan athar berintikan historis. Dengan mengambil Muhammad bin Isma’il al-Bukhari (m. 256H) dan Muhammad bin Ishaq (m. 151H) sebagai mewakili kelompok ulama’ hadith dan sejarawan Islam. Kedua tokoh ini berada di tiga kurun pertama dan merupakan perintis dalam penyusunan karya dalam kelompok masing-masing. Kredbiliti Ibn Ishaq (m. 151H) juga menjadi khilaf antara nuqqad dan ulama’ jarh wa ta’dil dan kebanyakan ulama’ memberi petunjuk dan indikator penting terhadap autoriti beliau dalam periwayatan hadith. Beberapa sampel daripada riwayat sejarah yang terkandung di dalam kedua-dua karya utama mereka dianalisis dan dibandingi. Dapatan mendapati, beberapa elemen telah dikenal pasti bagi dua tokoh ini yang mana terdapat beberapa perbezaan seperti dalam soal kekuatan riwayat dan nukilan kisah. Namun berlaku titik persamaan antara kedua tokoh ini dalam menilai periwayatan bersifat sejarah terutama dalam penyusunan kisah mengikut kronologi. Satu kaedah khusus dapat dibentuk bagi menilai riwayat-riwayat bersifat sejarah yang terkandung di dalam karya hadith dan karya al-Sirah al-Nabawiyyah.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012

Share

COinS