Author

Yunu Pateemoh

Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Pengajian Islam

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini menjelaskan konsep nazar menurut hukum syarak dan amalan nazar yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Pattani yang mana Majlis Agama Islam Pattani sebagai badan yang mentadbir dan mengurus hal ehwal nazar harta ini. Kajian ini menggunakan kajian analisis kandungan berbentuk kualitatif. Bagi mencapai objektif kajian, metode pengumpulan data yang diguna ialah metode dokumentasi dan metode temubual. Manakala metode analisis deskriptif dan metode deduktif digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Kajian ini mendapati wujud beberapa permasalahan yang berkaitan dengan amalan nazar harta dari aspek perundangan melibatkan ketiadaan status khusus mengenainya serta masalah pemindahan harta yang dinazarkan. Kajian mendapati bahawa juga terdapat kelemahan dari aspek pentadbiran di Majlis Agama Islam Pattani sendiri dan prosedur undang-undang yang masih belum dapat diselesaikan hingga ke hari ini. Kesimpulannya, kajian ini membincangkan tentang masalah pentadbiran harta nazar di Majlis Agama Islam Pattani dan permasalahan dari aspek perundangan di Mahkamah Rendah serta mengemukakan cadangan ke arah penambahbaikkan demi memartabatkan pengamalan nazar harta di Majlis Agama Islam dan Mahkamah Rendah Pattani.

Note

Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012.

Share

COinS