Date of Award
1-1-2012
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini bertajuk “Analisis Perbandingan Konsep Maslahah dan Mafsadah antara Imam al-Ghazzali dan Imam al-Shatibi. MaÎlaÍah dan mafsadah merupakan konsep yang sentiasa dijadikan sandaran utama para ulama dalam menangani permasalahan hukum. Penjelasan tentang konsep maÎlaÍah dan mafsadah yang menjadi akar umbi maqÉÎid al-SharÊ‘ah telah dilakukan oleh al-ImÉm al-GhazzÉlÊ dalam kitab-kitabnya. Boleh dikatakan al-ImÉm al-GhazzÉlÊ adalah perintis yang menjelaskan kedua-dua konsep ini secara terperinci. Namun perbahasan maÎlaÍah dan mafsadah banyak dirujuk kepada penulisan al-ImÉm al-ShÉÏibÊ, bahkan terdapat dakwaan bahawa al-ImÉm al-ShÉÏibÊ merupakan pengasas kepada Ilm maqÉÎid al-SharÊ‘ah. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep maÎlaÍah dan mafsadah dalam pandangan ulama uÎËl, serta pemikiran al-ImÉm al-GhazzÉlÊ dan al-ImÉm al-ShÉÏibÊ tentang konsep maÎlaÍah dan mafsadah, sehingga dapat mengenal pasti persamaan dan perbezaan di antara al-ImÉm al-GhazzÉli dan al-ImÉm al-ShÉÏibÊ tentang konsep maÎlaÍah dan mafsadah dalam penentuan suatu hukum Islam. Kajian ini berbentuk keperpustakaan yang mengumpulkan data dari karya-karya ulama yang relevan dengan kajian, khususnya yang dihasilkan oleh al-ImÉm al-GhazzÉlÊ dan al-ImÉm al-ShÉÏibÊ. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis dan di interpretasikan oleh penulis. Kajian ini menfokuskan perbincangan kepada konsep maÎlaÍah dan mafsadah menurut al-ImÉm al-GhazzÉlÊ dan al-ImÉm al-ShÉÏibÊ. Analisis hanya difokuskan kepada perbandingan konsep dari kedua-dua ulama tersebut. Dari kajian ini didapati bahawa pada pandangan al-ImÉm al-GhazzÉlÊ dan al-ImÉm al-ShÉÏibÊ, maÎlahah dan mafsadah mestilah berasaskan kepada naÎÎ Syarak dan bukannya berasaskan kepada akal semata-mata. Perbezaan hanya dilihat sama ada menjadikan maÎlaÍah dalil mutlak ataupun ia setakat metode dalam penentuan hukum Islam. Al-ImÉm al-GhazzÉlÊ meluaskan ta‘lÊl aÍkÉm merangkumi muamalat dan ibadat. Manakala al-ImÉm al-ShÉÏibÊ menyempitkan ta‘lÊl aÍkam dalam ibadat walaupun dalam perkara muamalat diperluaskan melalui al-AÎl fi al-Mu‘Émalah al-IbÉÍah. Pada kajian ini pula didapati bahawa al-ImÉm al-GhazzÉlÊ merupakan peletak kerangka ilmu maqÉÎid al-SharÊ‘ah manakala al-ImÉm al-ShÉÏibÊ pula dianggap sebagai pelengkap kedua ilmu tersebut setelah ‘Izz al-DÊn ‘Abd al-SalÉm.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012.
Recommended Citation
Akbar, Sarif, "Analisis perbandingan konsep maslahah dan mafsadah antara imam Al- Ghazzali dan imam Al- Shatibi / Akbar Sarif" (2012). Student Works (2010-2019). 1212.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1212
5030-A._Pedahuluan.pdf (386 kB)
5030-B._Konsep_Maslahah_dan_Mafsadah_dari_Perspektif_Ulama_Usul.pdf (761 kB)
5030-C._Konsep_Maslalah_dan_mafsadah_Menurut_Imam_al_Ghazali_dan_Imam_al_Shatibi.pdf (1256 kB)
5030-Cover.pdf (12 kB)
5030-D._Analisis_Perbandingan_.pdf (801 kB)
5030-E._Penutup_.pdf (158 kB)