Date of Award
1-1-2012
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Pertikaian mengenai hak jagaan anak dalam kes-kes pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan dalam perkahwinan sivil dan pasangan yang satu lagi masih kekal dalam agama asal, merupakan antara salah satu isu yang masih belum mencapai penyelesaian yang mantap. Umum mengetahui, perkara yang menyentuh tentang hal ehwal kekeluargaan di Malaysia dibicarakan di dua mahkamah yang berbeza iaitu Mahkamah Sivil bagi bukan Islam manakala Mahkamah Syariah bagi orang Islam. Oleh yang demikian, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk diputuskan oleh mahkamah-mahkamah ini kerana ia perlu mengambil kira beberapa faktor, seperti agama pihak-pihak yang membuat tuntutan, bidang kuasa mahkamah untuk membuat perbicaraan dan juga kebajikan anak-anak yang terlibat. Justeru itu, ia melibatkan beberapa implikasi kepada pihak-pihak yang terlibat. Untuk menganalisis implikasi-implikasi terhadap hak hadanah ini, kajian ini menggunapakai terutamanya metodologi analisis kandungan bagi mendapatkan penganalisaan data yang tepat. Pengumpulan data pula adalah menerusi beberapa undang-undang termasuklah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan beberapa Akta lain yang berkaitan. Selain itu, laporan-laporan kes yang dikeluarkan menerusi beberapa laporan undang-undang juga digunakan seperti laporan daripada Malayan Law Journal, Current Law Journal, Jurnal Hukum dan beberapa jurnal undang-undang yang lain. Setelah semua data dan maklumat dikumpulkan serta dianalisis, kajian ini mendapati bahawa kebajikan anak-anak merupakan pertimbangan utama yang menentukan siapakah yang berhak kepada jagaan anak, sama ada ibu atau bapa, dalam kes pemelukan Islam salah seorang pasangan perkahwinan sivil, manakala pasangannya masih kekal dalam agama yang asal.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012.
Recommended Citation
Latifah, Abdul Aziz, "Pemelukan Islam salah seorang pasangan perkahwinan sivil dan implikasi terhadap hak hadanah / Latifah Abdul Aziz" (2012). Student Works (2010-2019). 1209.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/1209
5027-COVER_DEPAN_UTAMA.pdf (4 kB)
5027-COVER_LUAR.pdf (4 kB)
5027-COVER_SETIAP_BAB.pdf (10 kB)
5027-LAMPIRAN_1.pdf (148 kB)
5027-PENDAHULUAN.pdf (320 kB)
5027-BAB_1.pdf (327 kB)
5027-BAB_2.pdf (433 kB)
5027-BAB_3.pdf (350 kB)
5027-BAB_4.pdf (319 kB)
5027-BAB_5.pdf (272 kB)