Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Pengajian Islam

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Penulisan ini merupakan satu kajian berkaitan amalan pembahagian harta pusaka secara muafakat dalam kalangan masyarakat Islam Daerah Pasir Mas. Antara objektif kajian ini dilakukan ialah untuk mengukur tahap pemahaman masyarakat Islam di daerah tersebut berkenaan dengan konsep harta pusaka dan pembahagiannya, mengkaji adakah wujud hubungan yang signifikan antara pemahaman terhadap konsep harta pusaka dan kaedah pembahagian dengan latar belakang mereka serta untuk mengetahui sama ada wujud atau tidak hubungan yang signifikan antara faktor pemilihan kaedah tersebut dengan latar belakang mereka. Bagi mencapai objektif di atas, metode soal selidik telah digunakan. Sebanyak 24 soalan kaji selidik telah dikemukakan kepada 201 responden yang terlibat secara langsung dalam pembahagian harta pusaka secara muafakat. Hasil kajian menunjukkan pemahaman masyarakat Islam Daerah Pasir Mas tentang konsep harta pusaka dan pembahagiannya berada di tahap yang tinggi. kajian ini juga menunjukkan hanya tahap umur dan status perkahwinan mempengaruhi pemahaman mereka terhadap harta pusaka dan pembahagiannya. Di samping itu hasil kajian turut membuktikan bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara faktor-faktor pemilihan kaedah pembahagian harta pusaka secara muafakat dengan latar belakang masyarakat Islam Daerah Pasir Mas.

Note

Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012.

Share

COinS