Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Pengajian Islam

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Skim Potongan Gaji (SPG) merupakan medium kutipan zakat pendapatan yang diperkenalkan oleh negeri Selangor. Fokus utama kajian ini ialah menilai sejauhmana kaedah pelaksanaan SPG menepati Islam terutamanya dari sudut sebab wajib zakat, syarat-syarat wajib zakat, dan syarat-syarat sah ta‘jīl zakat. Kaedah al-takyīf al-fiqhī digunakan untuk menentukan hukum dengan cara membuat penyelarasan antara masalah-masalah kajian dengan asal hukum yang dibincangkan dalam bab fiqah zakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan SPG tidak dapat diselaraskan dengan asal hukum kerana ia tidak mematuhi sebab wajib zakat berdasarkan kepada kaedah pengukuran kepatuhan peserta SPG kepada kewajipan berzakat adalah ditentukan daripada jumlah pendapatan tahunan yang masih belum wujud sepenuhnya. Secara tidak langsung, syarat-syarat wajib zakat dan syarat-syarat sah ta‘jīl zakat yang lain juga kebanyakannya tidak dipatuhi. Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan diutarakan dalam kajian ini agar hak-hak pembayar zakat tidak terabai dan pelaksanaan SPG tidak terkeluar dari landasan syarak

Note

Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012.

Share

COinS