Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis

Divisions

science

Department

Faculty of Science

Institution

University of Malaya

Abstract

Beberapa kompleks dioxomolybdenum(VI) mononuklear dengan pelbagai ligan monodentate seperti methanol, DMSO, DMF, HPA dan imidazole telah disediakan. Penukargantian ligan monodentate dengan ligan bidentate seperti 4,4-bipyridine and 4,4 bipyridine N,N’dioxide, ataupun dihydrazone menghasilkan kompleks dioxomolybdenum dinuklear. Siri kedua dioxomolybdenum dinuklear telah dihasilkan dengan menggunakan ligan hexadentate tetraanionic dihydrazone. Pembentukan dioxomolybdenum multi-nuklear dapat dicapai dengan menggunakan ligan 4,4-bipyridine dan ligan hexadentate tetraanionic melalui hubungan kumpulan penderma-penerima serta ikatan hidrogen yang kuat. Kesemua kompleks tersebut telah dicirikan melalui teknik analisis unsur, UV, IR, 1H dan13C NMR spektroskopi, analisis haba and voltammetri berkitar. Struktur berhablur bagi kebanyakan kompleks tersebut telah dikenalpasti melalui teknik pembelauan X-ray. Akhirnya, ujikaji tentang kesan keadaan tindak balas yang berbeza seperti kepekatan mangkin, kepekatan substrat dan suhu tindak balas terhadap sifat pemangkinan kompleks dioxomolybdenum(VI) dalam pengoksidaan alkohol telah dijalankan.

Note

Thesis (Ph.DThesis (Ph.D) -- Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 2012

Share

COinS